search
Log In
17 votes
98 views

Sebagai makluman, rasuk pada garisan grid a1-3 dan b1-3 merupakan rasuk utama, manakala rasuk pada garisan grid 1a-b, 2a-b, dan 3a-b merupakan rasuk sekunder.

Soalanya bolehkah sambungan secara ‘cold joint’ dilakukan kepada rasuk di grid 1a-b, 2a-b, dan 3a-b, seperti di dalam gambar.?

Apakah kesan dari kaedah penyambungan kepada rasuk tersebut.?

in Structure 1,920 points 9 12 20
0
Cold joint atau sambungan pembinaan ada dibenarkan di dalam spesifikasi kerja bangunan JKR. Namun lokasi sambungan pembinaan ini perlu dirancang terlebih dahulu oleh pihak kontraktor. Pastikan lokasi sambungan tidak berada di kawasan yang kritikal.
0
terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat

2 Answers

5 votes
 
Best answer

Sekadar berkongsi pendapat dan pandangan......

Kita harus mengkaji impak kejadian cold joint terhadap kesan kaedah penyambungan rasuk dari sudut durability concrete structures. Berikut adalah beberapa isu yang perlu dikaji dengan teliti dan diambil berat:-

  1. Oleh kerana ia adalah ground beam maka segala kejadian cold joint pasti akan menjejaskan ketahanlasakan rasuk konkrit.
  2. Cold joint tersebut pasti akan menjadi barrier untuk kemasukan kelembapan melalui kesan sorptivity.
  3. Kemasukan kelembapan itu pasti akan mencetuskan pengaratan besi tetulang dan proses pengaratan itu akan terjadi dengan kadar yang lebih cepat jika kandungan kelembapan itu adalah dari PH yang rendah.
  4. Pembentukan cold joint itu adalah bagai satu induce crack dan kedudukan keretakan tersebut pulah berada di mid span ground beam, maka keretakan itu pasti akan membuka lebih besar dari bahagian soffit beam melalui tindakan tension apabila tanggungan beban dari atas bermula.
  5. Dengan impak keretakan tersebut maka integriti rasuk akan turut terjejas kerana daya tahan beban tidak lagi mampu dilaksanakan mengikut kehendak rekabentuk.
  6. Disamping itu kerja-kerja pembaikan yang bakal dilaksanakan kemudian hari juga akan menjadi rumit dan mahal kerana sekeliling rasuk tersebut telah diliputi dengan r.c. slab.
  7. Akhir kata beberapa ujian dan kerja pembaikan seperti dibawah harus dilaksanakan sebelum pembinaan r.c. slab yang akan meliputi rasuk itu dijalankan:-
    1. Ultrasonic pulse velocity (UPV) test untuk semakan kualiti konkrit di bahagian kejadian cold joint.
    2. Jika perlu core sample juga perlu dilaksanakan disambungan tersebut sebagai semakan bagi memastikan tidak berlakunya kesan separation of concrete member.
    3. Susulan kepada kesemua ujian yang telah dilaksanakan maka harus juga disediakan syor kaedah pembaikan untuk mengatasi impak dari kejadian cold joint supaya integriti dan ketahanlasakan rasuk itu dapat dijamin mengikut design life.
    4. Kerja-kerja pembaikan seperti epoxy crack injection dan kaedah strengthening with carbon fiber pultruded plate di bahagian bawah rasuk perlu dijalankan.
    5. Protective coating seperti epoxy coating atau coal tar epoxy juga patut dijalankan selepas kesemua kerja pembaikan telah siap dilaksanakan demi memperkuatkan daya ketahanlasakan.
48,820 points 106 195 351
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat 

5 votes

Generally, cold joints are not a problem structurally if the joint is in compression. However, the location of the joint within the structure, the structural function of the element and aesthetics need to be considered when assessing a cold joint.

1,460 points 2 10 21
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat 

...