SI yang berminat perlu mendaftar dalam senarai induk Sistem GSoil yang dibangunkan dan ditadbir oleh Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
Pendaftaran terbuka kepada semua kontraktor yang berdaftar dengan CIDB untuk semua gred (G1 - G7) dalam kategori CE – Pembinaan Kejuruteraan Awam, Pengkhususan CE12 - Kerja Penyiasatan Tapak ATAU Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Sabah (PUKONSA) ATAU Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juru Perunding Sarawak (UPKJ) DAN mempunyai perakuan pendaftaran kontraktor (PKK) dalam bidang berkenaan.
Permohonan pendaftaran perlu disertakan dengan profile syarikat yang lengkap dan dikemukakan kepada;
Jurutera Awam Penguasa Kanan
Bahagian Siasatan Tapak
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik
Tingkat 23 A, Menara PJD
No 50, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
Setiap permohonan akan diproses berdasarkan Prosedur Operasi (SOP) Penarafan Kontraktor Penyiasatan Tapak yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.