search
Log In
8 votes
48 views
in Technical & Contract Admin 1,490 points 7 12 19

1 Answer

0 votes
 
Best answer

Sekadar memberi padangan…….

Sebelum kita berbincang berkaitan dengan kaedah pembaikan RE Wall yang telah rosak akibat kegagalan tensile strength anchor rod, kita harus ketahui dengan jelasnya kewujudan dan kedudukan setiap komponen.

Dengan merujukan kepada komponen dalam sistem RE Wall, ia akan merangkumi:

  1. Leveling pad/ ground beam.
  2. R.C. piles. (optional)
  3. Precast facial wall panels.
  4. Rubber bearing pads.
  5. Soil reinforcement/ steel rod tie-backs.
  6. Anchor blocks.
  7. Non-woven filter cloth.
  8. Suitable backfill materials.

Disamping itu kita harus juga mengkaji dan telitikan kefungsian setiap komponen dalam sistem tersebut demi menilaikan peranan yang dimainkan oleh setiap komponen dalam sistem tersebut supaya ia mampu berfungsi sebagai satu sistem dinding penahan yang efektif.

Dalam keadaan biasa komponen yang terkuat dan terpenting utuk membolehkan kandungan backfill materials itu diliputi dalam tambakan itu demi mencapai tahap finished level yang diperlukan adalah precast facial wall panels dan soil reinforcement/ steel rod tie-backs. Maka jika berlakunya kegagalan atau keruntuhan terhadap sistem RE Wall akibat kegagalan anchor rod oleh kerana kelemahan tensile strengthnya adalah amat tipis, melainkan anchor rod tersebut telah mengalami internal fracture ketika dalam proses membuat screw trade untuk nut heads telah terjadi akibat tindakan over tort. Disamping itu proses memprekemaskan pemasangan nut heads juga merupakan punca untuk terjadinya internal fracture terhadap anchor rod itu jika tiada kawalan yang ketat berkaitan dengan applied force diamalkan. Satu kemungkinan kejadian kegagalan anchor rod itu adalah kerana menggunakan kualiti rod yang sub-standard.

Untuk kerja-kerja pembaikan dalam koteks kejadian ini, kita ada beberapa pemilihan kaedah dan setiap cadangan itu akan bergantung sepenuhnya kepada jumlah peruntukan yang ada. Disamping itu masa yang diperuntukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan itu juga merupakan kriteria utama dalam penentuan pemilihan kaedah pembaikan supaya tempoh ganguan trafik itu adalah singkat dan tidak menganggu serta menjejaskan kehidupan harian penguna.

Berikut adalah beberapa cadangan kaedah pembaikan yang boleh dijadikan rujukan dan cadangan kaedah itu juga dibahagikan mengikut peruntukan budjet dan masa yang diperlukan:-

  1. Masa dan peruntukan tidak menjadi isu utama.
    1. Membuka dan membina semula sistem RE Wall.
    2. Merekabentuk semula dan membina semula dinding penahan itu dengan kaedah R.C. wall with pile foundation disusuli dengan suitable backfill materials.
    3. Driving of steel sheet piles with proper tie-back disusuli dengan suitable backfill materials.
    4. Driving of precast concrete sheet piles with proper tie-back disusuli dengan suitable backfill materials.
  2. Masa dan peruntukan merupa isu utama. (kaedah berikut merupakan semi-permanent repair techniques)
    1. Biarkan sistem RE Wall yang separuh runtuh itu dikedudukan asalnya dan hanya sekadar membina rock filled gabion blocks seated on well leveled rubble stone base sebagai dinding penahan baru. Ruang antara gabion blocks dengan RE wall lama akan diisikan dengan pasir yang diliputi dengan non-woven filter cloth.
    2. Mobilize dan susunkan precast kentledge concrete blocks di atas well leveled rubble stone base di depan RE wall yang separuh runtuh dan backfill all the gaps suitable backfill material.
49,160 points 107 197 357
selected by
...