Pada pendapat saya sudah tiba masanya JKR merangka pelan bagi mewujudkan Cawangan Ukur Bangunan..ini adalah kerana ianya selari dengan tugasan selaku urusetia Pengurusan Aset, pematuhan terhadap Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih dan Garis Panduan Pemeriksaan Penilaian Keadaan Bangunan melalui Surat Arahan KPKR Bil.5 Tahun 2014 di mana pelaksanaan aktiviti tersebut dapat diperkasakan dengan adanya cawangan tersebut dengan bilangan kakitangan yang mencukupi. Selain penempatan ditempatkan dibawah satu bumbung, pengambilan baru bagi PnP dan sokongan juga perlu diambil kira.
Peranan, Skop Bidang dan Kompetensi Juruukur Bangunan di JKR Malaysia juga telah dibangunkan oleh Urusetia Jawatankuasa Kerja Ukur Bangunan JKR MALAYSIA spt berikut:
1. Pengurusan Daftar Aset
• Pendaftaran/Inventori data
• Pelaksanaan & pemantauan
• Analisa data
• Pengurusan LSB/LT
2. Pengukuran dan Penilaian Kondisi Bangunan
• Pemeriksaan Bangunan Sedia Ada - BCA
• Pemeriksaan Penerimaan Aset - i.e. : Qlassic,
3. Pengurusan Bangunan
• Kontrak Pengurusan Fasiliti
• Pengurusan Penyenggaraan - Am/Pembaikan/Pencegahan