Sebagai antara mereka yang pernah secara langsung terlibat dalam unit penyelenggaraan di jalan dan lebuhraya bertol dibawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia, kos penyelenggaraan adalah isu yang utama dan menjadi penyebab utama kepada asas kenaikan tol.
Rekabentuk dan kaedah penyelenggaraan lebuhraya bertol adalah jauh melebihi standard jalan-jalan raya kelas lain di Malaysia. Namun masih tidak kebal kepada kerosakkan walaupun perbagai regim penyelenggaraan dan kajian penyelenggaraan yang perlu dilaksana dan dihantar saban tahun kepada LLM.
Kenapa?
Antara penyebab utama ialah kenaikan Axle load yang sukar diramal semasa rekabentuk jalan dilaksanakan. Jika ini berlaku maka tidak terkejut jika penyelenggaraan jalan tersebut akan menjadi sukar dan berkos tinggi.
Pada pandangan saya, inovasi mungkin dapat menjimatkan kos bagi membaiki kerosakkan sekarang yang bercorak setempat dan tertentu sedangkan kerosakkan adalah disebabkan oleh perbagai faktor secara langsung dan tidak langsung dalam menyumbang kepada kerosakkan tersebut. Apa yang perlu sebenarnya ialah keupayaan untuk mengubah sikap yang kita hanya perlukan peruntukkan pembangunan tanpa mengira kos selenggara. Ini bermakna, semasa laporan dalam kajian awal pembangunan jalan tersebut, perlu dinyatakan kos penyelenggaraan seperti yang cuba diamalkan dalam RMK 11 dimana kos akan dikira senhingga jangkauan jangka hayat sesuatu eset/fasiliti itu dibina. (konsep J10)
Sekadar pandangan...