Untuk pengetahuan, ada beberapa JKR Negeri dan cawangan yang mempunyai kemudahan sidang video dan ada beberapa mesyuarat antara Pengarah JKR Negeri dengan Pengurusan Atasan JKR Ibu Pejabat yang mengunakan kemudahan ini.
Semasa saya berkhidmat di Bahagian Korporat JKR Negeri Sembilan pada tahun 2014, saya selalu membantu urusetia VC (video Conference) dalam menyiapkan peralatan beberapa telesidang/mesyuarat.
Antara mesyuarat yang saya terlibat ialah :
1. Mesyuarat projek sakit yang dipengerusikan oleh KPKR
2. Mesyuarat Penyelenggaraan Jalan yang dipengerusikan oleh Dato Lah..
3. Mesyuarat perbincangan anugerah APC 2014 dan beberapa mesyuarat yang lain.
Pengunaan VC pada pandangan saya adalah amat cepat dan berkesan namun pejabat berkenaan perlulah mempunyai sambungan internet yang berkeupayaan tinggi dan perlu dipastikan mengunakan talian yang selamat. (Secure Line).
kalau tidak silap saya, kebanyakan ibu pejabat JKR Negeri telah dibekalkan dengan sistem ini tetapi berkemungkinan kekangan talian yang bersesuaian menjadi halangan untuk pengunaan yang lebih komprehensif selain berkemungkinan ramai pengguna lebih mengemari mesyuarat secara konvesional bagi mengeratkan perhubungan rakan sekerja..