Pertama sekali Value Management (VM) adalah terdiri daripada Value Assessment (VA), Value Engineering (VE) dan Value Review (VR).
1) Value Asessment (VA) ini sepatutnya dilaksanakan sebelum skop dimuktamadkan iaitu ianya dilaksanakan diperingkat kementerian (Pelanggan). Secara rumusannya, VA ini akan menghasilkan Brif dan Skop Projek, Peruntukkan Projek (Kos Siling) yang telah diluluskan bagi projek. Realitinya Brif dan skop projek serta siling peruntukkan telah ada dahulu baru dibuat VA. Ini menyebabkan terdapat skop yang tidak dapat dilaksanakan atas faktor kekangan siling peruntukkan yang disediakan. Mungkin ini juga berkemungkinan bakal menyebabkan VO diperingkat pembinaan.
2) Value Engineering (VE) pula adalah peringkat dimana projek dinilai dari segi keperluan kejuruteraan. Diperingkat ini kadangkala kos projek juga akan meningkat seperti contoh apabila kita ingin membina tangki air. Dalam brief cuma membina tangki air tetapi berdasarkan keadaan di tapak yang mana memerlukan pemasangan rumah pam dan keperluan penyambungan paip yang lebih panjang maka keperluan-keperluan ini perlu disediakan walaupun ianya merupakan tambahan kos terhadap kos asal. Namun begitu, apa yang sering berlaku semasa VE adalah maklumat perincian projek seperti "Clashing" untuk sistem mekanikal dan elektrikal dengan struktur tidak dapat diperolehi dengan tepat maka keputusan rekabentuk dalam VE tersebut juga tidak begitu menyeluruh. Selain itu, kehadiran wakil-wakil dalam bengkel tersebut juga memainkan peranan yang besar, kadangkala wakil telah memberikan persetujuan tetapi realitinya masih perlu melalui proses lain contohnya wakil bomba menyatakan sistem pencegah kebakaran hanya menggunakan smoke detector namun apabila projek ingin dilaksanakan perlu ditukar kepada sprinkler. Ada lagi beberapa contoh kes-kes yang berlaku semasa VE yang mana mungkin tidak cukup untuk saya nyatatakan disini. Tuan boleh rujuk kepada yang lebih arif berkaitan perkara ini. Saya hanya menyatakan pendapat saya.
3) Value Review (VR) pula adalah peringkat dimana kita menyemak semula VE yang telah kita putuskan sebelum ini yang mana biasanya permasalahan yang berlaku adalah disebabkan tempoh perlaksanaan VE dan VR ini adalah terlalu hampir yang mana masa untuk menyemak dengan lebih terperinci tidak dapat dilaksanakan dengan semaksima yang boleh.
Kesimpulannya, pada pandangan saya, banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya VO walaupun VM telah dilaksanakan. Best practise yang boleh dilaksanakan mungkin dengan membuat tracking terhadap program kerja kontraktor. Sekiranya "tracking" dan "Crushing"dapat dibuat oleh PTB maka agak sukar pihak kontraktor untuk memohon VO dan juga EOT namun apa yang berlaku, kita meminta pihak kontraktor untuk present kemajuan. Kalau saya jadi kontraktor, tentu saya akan tukar sedikit data progress kerja agar dapat dipaparkan tidak terlalu lewat.
Selain itu, mungkin VE boleh dilaksanakan selepas Lukisan Terperinci disiapkan agar persoalan seperti "tertingal", "tak cukup", "belum ambil kira" dan sebagainya dapat dikurangkan / dielakkan.
Sekian, TK