search
Log In
14 votes
79 views
in Structure 340 points 2 2 5

4 Answers

5 votes
SILING RUNTUH ADA PENYEBABNYA. PERLU DISELIDIKI DAHULU APA PENYEBABNYA. ADAKAH IANYA DISEBABKAN OLEH PEMASANGAN/REKABENTUK YANG TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI ATAU DISEBABKAN OLEH SALAH GUNA SEPERTI SILING ITU DIBEBANI ATAU MENANGGUNG BEBAN OEH PEMASANGAN FASILITI LAIN.

JALAN PENYELESAIAN UNTUK MENGATASI MSALAH INI PENELITIAN DIPERINGKAT REKABENTUK DAN SETERUSNYA PENGAWASAN DIPERINGKAT PEMBINAAN ADALAH SANGAT PENTING.
240 points 1 2
4 votes
Berdasarkan kepada pengalaman, ada antara punca siling runtuh ada disebabkan kaedah gantungan siling tidak memenuhi spesifikasi jkr contohnya dalam penggunaan sistem penggantungan siling yang mempunyai support kepada bottom chord. sila rujuk kepada specification kekuda bumbung jkr bagi jenis cold formed.
1,660 points 2 10 25
3 votes
Aspek rekabentuk arkitek sesebuah bangunan yang mana silingnya terlalu tinggi perlu lah menggunakan bahan yang sesuai sebagai silingnya. Contohnya bangunan Istana Kehakiman, Plaza Tol dan sebagainya. Keadaan angin di bawah siling tersebut perlulah diambil kira sebelum rekabentuk struktur dibuat oleh jurutera awam yang berkenaan. Aspek ini lah yang berpotensi untuk menyebabkan keruntuhan siling selain dari aspek kecuaian semasa pembinaan. Mock up model perlu dibuat.
1,730 points 3 6 20
4 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pada pendapat saya sebelum bercerita tentang isu penyelesaian yang berkesan,  isu-isu berikut perlu dan harus diambil titik-berat:-

  • Laksanakan siasat terperinci oleh semua pihak yang terlibat. (Akitek, jurutera, bahagian forensik dan kontraktor)
  • Semakan secara teliti terhadap kaedah, kualiti dan teknik pemasangannya.
  • Semak semula kesemua lukisan terperinci.
  • Adakan ujian-ujian tambahan terhadap
    • kualiti penggunaan bahan
    • cara dan kaedah pemasangan penyambungan kekuda bumbung
    • pull-out test terhadap sistem anchor bolts
    • tensile test terhadap komponen kekuda jika ia adalah dari jenis keluli
    • welding test terhadap sistem penyambungannya

Selepas kesemua laporan keputusan siasat terperinci diperolehi, barulah tindakan susulan berikut  boleh dilaksanakan dan diambil sabagai rujukan demi mengwujudkan panduan sebagai langkah-lagkah untuk menyelesaikan masalah masa hadapan:-

  • Dapat dan pastikan bahawa kesemua keputusan siasatan itu adalah menyeluruh dan tepat terhadap punca kegagalan.
  • Semak dan adakan bandingan terhadap kesemua ujian yang telah dilaksanakan demi menjadikan ia sebagai satu rujukan yang relavan.
  • Jika perlu kaji semula spesifikasi dan adakan pembaharuan dengan berpandukan kepada keputusan ujian-ujian yang telah dilaksanakan.
  • Jadikan output keputusan siasatan dan kajian itu sebagai contoh lesson learned.
  • Kaji semula keputusan laporan siasatan dan adakan brainstorming dikalangan semua pihak yang terbabit dengan kerja-kerja rekabentuk dan pemasangan kekuda bumbung.
  • Jika perlu sediakan satu SOP dan checklist pemasangan yang lebih teliti dan menyeluruh sebagai panduan dan masukkannya sebagai rujukan dalam kontrak dokumen dalam projek baru.
  • Kerap adakan perbincangan dan mesyuarat bersama dengan pembekal industri demi mengusulkan satu kaedah dan langkah yang menjurus kearah "win-win".
49,070 points 106 197 356
...