search
Log In
12 votes
19 views
Secara praktikalnya, fungsi guard rail adalah untuk menahan impak kesan pelanggaran dan menahan kenderaan daripada memasuki laluan bersebelahan atau terjatuh ke dalam jurang. Namun, pada masa kini seringkali tersiar di dalam berita dan media sosial yang jelas menampakkan punca daripada guard rail tersebut juga telah menyebabkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal menemui ajal akibat kecederaan yang dialami setelah berlanggar dengan guard rail tersebut. Sehubungan dengan itu, persoalannya adakah guard rail yang digunakan memang tidak selamat (khususnya dari jenis “w beam” atau “wire rope”) atau pun berpunca daripada kualiti kerja pemasangan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan?
in Assets & Facilities Management 220 points 1 1 2

1 Answer

2 votes
Pada pandangan saya, concrete barrier adalah penghadang yang terbaik direkabentuk bagi tujuan:-

1. Mengalihkan arah kenderaan yang melanggarnya.

2.Menyerap impak pelanggaran kenderaan yang sedang bergerak

3.Memperlahankan kenderaan yang melanggarnya

4.Membawa kenderaan yang melanggarnya ke lorong asal.

Walaubagaimanapun, pemasangan concrete barrier ini wajar dipasang ditempat yang geometri yang cerun, kawasan yang kemungkinan kenderaan akan memasuki arah bertentangan dan kawasan kenderaan berat.
4,070 points 5 13 36
...