search
Log In
12 votes
23 views

Apakah kaedah dan teknik terbaik yang diamalkan oleh JKR dalam isu penyenggaraan pavement dari jenis porous asphalt supaya tahap porosity dapat dikekalkan demi mengurang kesan air tertakung?

in Pavement 49,070 points 106 197 356

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Porous asphalt buat julung kali digunakan di Malaysia pada 1991 apabila Cawangan Jalan melaksanakan projek penurapan semula Laluan Persekutuan 1 di antara Cheras dan Beranang. Porous asphalt yang digunakan itu diberi nama Skid Resistant Silent Surfacing (SRSS). Nama asphalt itu seolah memberi penekanan ke atas kebaikan dari aspek skid resistance dan noise reduction.

Bagi mengelak dari air bertakung, sepertimana ditetapkan dalam JKR/SPJ/2008-S4 sub-section 4.6, porous asphalt hendaklah diturap dengan ketebalan minimum 50 m di atas permukaan jalan dengan crossfall minimum 2.5% dan pengaliran air keluar tidak tersekat oleh sebarang hadangan di sepanjang bahu jalan. Lokasi yang diturap sewajarnya tiada aktiviti pembangunan tepi jalan yang boleh menyebabkan bahan asing seperti tanah dan pasir dari lori pengangkut tertumpah ke atas pemukaan jalan. Bagi mendapatkan kesan self-cleansing ke atas air voids oleh tayar kenderaan khususnya semasa hujan, laluan yang lebih sesuai untuk diturap dengan porous asphalt ialah di mana trafik sentiasa bergerak lancar pada kelajuan tinggi dan bukan di kawasan yang sentiasa berlaku kesesakan.

Bila tanah, pasir dan sebagainya jatuh ke atas permukaan jalan porous asphalt, bahan asing itu akan melekat pada binder yang digunakan apatah lagi jika ditekan oleh tayar kenderaan. Pada pemerhatian saya sebelum ini ke atas sampel core dari permukaan jalan seumpama itu, tekanan udara yang kuat dari air compressor sekalipun tidak berupaya untuk menanggalkan bahan asing itu. Lambat laun, air voids akan tersumbat dan tidak lagi dapat membenarkan air meresap masuk ke dalam lapisan porous asphalt tersebut. Namun kebaikan lain seperti rintangan gelinciran masih boleh diperolehi dari permukaan jalan itu.
15,950 points 4 30 81
selected by
...