JKR tidak mempunyai insuran kemalangan/kematian semasa bertugas untuk semua pegawainya sebagaimana yang dinikmati oleh Angkatan Tentera Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia. Sudah sampai masanya JKR turut memberi perlindungan insuran kemalangan/kematian semasa bertugas kepada semua pegawainya kerana risiko berlakunya kemalangan/kematian kepada semua pegawai JKR semasa bertugas adalah sangat tinggi terutamanya yang bertugas di luar dan yang mengawasi projek. Apa pandangan anda semua?