search
Log In
19 votes
48 views
Bagaimana cara penyelesainya jika jalan bawah adalah jalan majlis?
in Fixed Asset (Tak Alih) 4,050 points 5 13 33

1 Answer

6 votes

Sekadar memberi pandangan dan cadangan........

Memang benar dan ia merupakan spesifikasi keperluan JKR bahawa vertical clearance jejambat dan jejantas adalah 5.40m berukuran dari road finished level ke beam soffit. Hakikatnya adalah sering kali kita akan terjumpa jejambat dan jejantas yang dibina dengan vertical clearance < 5.40m walaupun ia berada dalam era pembinaan terkini.

Berikut merupakan beberapa cadangan tindakan yang boleh diambil demi mengatasi masalah kekurangan vertical clearance:-

  1. Tingkatkan vertical clearance dengan kaedah conversion of normal concrete plinth kepada short column jika kekurangan kelegaannya adalah dalam lingkungan 0.2m hingga 0.5m. Tetapi kaedah ini akan terlibatkan penutupan sepenuhnya jejambat tersebut kepada penggunaan kenderaan sehingga ia siap sepenuhnya. Disamping itu ia juga terlibat kerja-kerja jacking, maka sudah pasti kos untuk kaedah ini akan menjadi lebih mahal.
  2. Merendahkan road finished level jalan di bawah sehingga tercapainya vertical clearance kepada 5.40m dengan pembinaan semula jalan dan roadside drains bersertakan concrete sump yang baru dengan invert level yang baru demi mengelakkan berlakunya banjir. Kaedah ini memerlukan kerja ukur dan kaji semula saluran air longkang yang rapi.
  3. Pasangkan gantry penahan sebagai penghadang sebelum tibanya kebahagian bawah jejambat atau jejantas demi mengelakkan bahagian bawah rasuk dari dilanggar oleh kenderaan berat jika vertical clearance nya adalah berada ditahap yang kurang dari 5.0m. Kaedah ini perlu sediakan papantanda yang secukupnya sebagai amaran awalan. Disamping itu jalan susur juga perlu disediakan sebelum tertibanya ke lokasi gantry penahan.
  4. Kaedah terakhir adalah terus tutupkan jalan sediada di bawah kepada kenderaan berat dan sediakan jalan susur yang bersesuian tanpa menjejaskan operasi kenderaan berat. Kaedah ini adalah bersesuaian jika vertical clearance jejambat dan jejantas adalah dibawah paras yang lebih rendah. (4.50m hingga 5.0m)
48,820 points 106 195 351
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn. 

...