search
Log In
34 votes
191 views
Mungkin CKUB ada asas perkiraan jumlah LAD yang boleh dikenakan berbanding dgn anggaran keuntungan dijangka kontraktor perolehi iaitu LAD tidak boleh lebih dari keuntungan.
in Contract Management 2,450 points 9 21 28 2 flags

2 Answers

6 votes
 
Best answer
Pandangan saya sekiranya kontraktor dikenakan LAD maka langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil ke atas kontrak supaya LAD tersebut tidak dibiarkan terlalu lama (contohnya melebihi 90 hari). Pengurusan kontrak yang tidak baik bila bayaran atau baki kontrak didapati bernilai ‘negatif’!

Untuk itu, pihak SO mestilah berusaha dan proaktif bagi memuat keputusan sewajarnya terhadap kontraktor tersebut. Di samping menasihati kontraktor supaya mempercepatkan penyiapan kerja, menyediakan contigency plan (revised CPM etc), "mitigate the loss" , or tindakan penamatan kontrak.

Pihak SO sewajarnya memantau rapi kedudukan projek ini dan tidak membiarkan tempoh LAD berlarutan sehingga projek itu tidak lagi menguntungkan kontraktor mahu pun merugikan kepentingan kerajaan. Worst come to worst, kena ambil tindakan PENAMATAN dengan kadar segera.
12,260 points 15 40 84
selected by
10 votes
Kadar Denda Dan Gantirugi Ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) adalah satu kadar denda yang akan dikenakan terhadap pihak kontraktor sekiranya gagal menyiapkan projek dalam masa yang telah ditetapkan atau tempoh Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) telah berakhir. Walaubagaimanapun, LAD hanya boleh dilaksanakan terhadap kontraktor sekiranya Sijil Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) telah dikeluarkan.


Untuk mengira LAD formulanya adalah seperti berikut:


             Prime Rate (PR) 

                    365 hari


Kadar PR adalah bergantung kepada BLR atau Kadar Pinjaman Asas yang dikeluarkan oleh bank-bank perdagangan tempatan seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan lain-lain lagi.


Kita ambil satu contoh, katakan harga kontak adalah RM 5 Juta dan kadar BLR semasa adalah 6.0%


       Jadi      6.0%   = 0.0164% untuk kadar LAD sehari

                   365


          =>     0.0164%  x RM 5,000,000.00

                    100%


          =>  RM 820.00 sehari.


Jadi kadar LAD yang akan dikenakan kepada kontraktor sekiranya gagal menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan adalah sebanyak RM 820.00 sehari.
500 points 2 2 6
0
Tuan/Puan,

Terimakasih di atas jawapan yang diberikan. Cara pengiraan memang saya maklum. Isu yang ingin bangkitkan berkenaan berapa lama tempoh ( bil hari) yang boleh kita kenakan ke atas kontraktor. Seperti kita sedia maklum kadang2 terdapat wakil SO membiarkan LAD berlarutan sehingga kadang-kadang  hampir setahun. Sebagai contoh kontraktor dikenakan LAD RM3000/hari. Jika setahun 3000* 365= RM 1,095,000.00. Soalan saya mungkin CKUB boleh bagi guide line asas perkiraan jumlah  LAD yang boleh kita kenakan  yang mana jika kontraktor  teruskan projek mereka tidak dapat apa2 keuntungan atau jika diteruskan dengan LAD projek ini akan tidak siap dan SO/wakil SO boleh buat keputusan proses penamatan kontrak.
...