search
Log In
9 votes
79 views
in Contract Management 250 points 1 3

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Kebiasaannya projek infrastruktur seperti pembinaan jalan akan melibatkan provisional quantity yang sangat banyak. Pengukuran semula Kuantiti Sementara (Provisional Quantity), perubahan kerja disebabkan keadaan tapak dan kos pengalihan utiliti merupakan antara item atau elemen menyebabkan kos projek bertambah.

Kontrak kerja yang dihargakan melibatkan Kuantiti Sementara perlu dikaji dan diselaraskan kadar harga sebaik2nya sebelum Dokumen Kontrak ditandatangani. Disinilah rasionalnya dokumen kontrak perlu dengan seberapa segera sebaik sahaja SST dikeluarkan.

Item kuantiti kerja yang bertambah dengan banyak dan kadar harga pula tinggi menyumbang nilai KKS yang sangat tinggi.

Klausa 26.5 Syarat2 Kontrak memperuntukkan supaya kuantiti kerja yang bertambah hendaklah melibatkan bahan yang sama dan cara kerja yang serupa (similar character and executed under similar conditions). Sebagai contoh projek jalan kadang2 terdapat sumber bahan daripada klien (sperti pasir, tanah etc) kontraktor mungkin hanya boleh meghargakan kadar harga dari segi kos pengangkutan dan labour cost sahaja tanpa melibatkan harga bahan tersebut.

Untuk itu, kadar harga munasabah (fair rates) mungkin boleh dijadikan sebagai kadar harga bagi pertambahan kuantiti sementara tadi.
12,260 points 15 40 84
selected by
Kelulusan Kuantiti Sementara (KKS) bagi pertambahan kuantiti yang banyak
...