search
Log In
17 votes
254 views
Apa yang perlu dilakukan jika terdapat percanggahan di antara spesifikasi, lukisan dan senarai kuantiti?
in Contract Management 440 points 1 3 4
0
kontrak design & build atau konvensional?
0
Assalamualaikum,

Percanggahan tersebut berlaku di peringkat pre kontrak atau post kontrak?

sekian, terima kasih.

6 Answers

11 votes
 
Best answer
1. Klausa 26.1 Syarat-syarat Kontrak JKR 203A jelas menyatakan bahawa Senarai Kuantiti yang disediakan adalah asas kepada harga kontrak. Sebarang percanggahan "description", kuantiti atau perubahan kerja sewajarnya dibuat pelarasan samada penambahan atau penolakan daripada harga kontrak.

2. Untuk perkara yang dibangkitkan di atas, selaras dengan Klausa 26.1, Klausa 26.4 Syarat-syarat Kontrak JKR 203A jelas memperuntukkan bahawa senarai kuantiti yang menjadi sebahagian daripada kontrak adalah berdasarkan lukisan kontrak yang mana lukisan tersebut digunapakai untuk membuat pengukuran senarai kuantiti semasa proses tender dan ia adalah juga sebahagian daripada kontrak. Maka sewajarnya lukisan kontrak mengatasi senarai kuantiti sekiranya terdapat percanggahan kuantiti (undermeasured/overmeasured).

3. Justeru itu, dibawah Klausa 29 Syarat-syarat kontrak , pihak SO wajar mempertimbangkan kelulusan pelarasan harga kontrak  sekiranya terbukti terdapat percanggahan senarai kuantiti dan lukisan kontrak.
11,780 points 15 40 80 1 flag
selected by
5 votes
Drawing akan supersede spesifikasi & BQ
630 points 2 5 11
5 votes
Lukisan mengatasi.. kerana biasanya dalam spesifikasi pun ayat lazim ialah 'unless otherwise stated' adalah merujuk kepada lukisan. Senarai kuantiti sepatutnya mengikut lukisan kerana proses 'taking off' adalah berdasarkan butiran yang terdapat dalam lukisan.
34,670 points 18 61 148
0

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn. 

5 votes
Di dalam pelaksanaan kontrak, lukisan akan sentiasa superceed bq dan spesifikasi. Lukisan adalah spesifik manakala specification adalah general.
50,240 points 24 103 239 1 flag
4 votes
Senarai Kuantiti dijadikan ukuran utama berbanding lukisan dan spesifikasi.

masalah yang selalu timbul apabila lukisan tender dan lukisan pembinaan mempunyai perbezaan. Senarai kuantiti selalunya dibuat berdasarkan lukisan tender..  Apabila terdapat perubahan pada lukisan pembinaan, tidak adil untuk mensyaratkan kontraktor mengikut lukisan pembinaan walhal item berkenaan tiada didalam senarai kuantiti..

cth:
Didalam senarai kuantiti menyatakan perlu membekalkan lampu fluorescent tetapi didalam lukisan pembinaan diletakan lampu led. sekiranya kos lebih tinggi, sudah pasti kontraktor tidak bersetuju dengan percanggahan yang berlaku.

sekiranya percanggahan tidak dapat dielakan, pegawai penguasa perlu membuat pelarasan atau pertambahan kos perlu dilakukan.
27,320 points 38 98 203
edited by
0
Sememangnya kenyataan ini tidak dipersetujui. Dari segi pelaksanaan, lukisan harus didahulukan jikan berbanding dengan BQ. Pada asasnya BQ diterbitkan berdasarkan lukisan, seharusnya BQ harus sama dgn lukisan. Dan lukisan diterbitkan hasil dari pengiraan dan rekabentuk oleh perekabentuk.

Jika berlaku kesilapan di dalam BQ berbanding lukisan, adalah tidak wajar BQ diutamakan. Ini boleh mengakibatkan pengurangan dari rekabentuk dan boleh menimbul masalah berkaitan kefungsian dan integriti pemasangan tersebut.

Sehubungan dgn itu, penyelarasan kos harus di buat, dan pegawai yang bertanggung-jawab ke atas perbezaaan BQ/lukisan harus mengambil perhatian serta mengambil iktibar ke atas perkara tersebut.
0
Lukis la apa pon, jika tidak dimasukan di dalam BQ, kontraktor tidak akan ikut lukisan jika item berkenaan tiada dalam BQ yang akan menyebabkan pertambahan kos kepada kontraktor. Tidak adil untuk memaksa kontraktor bagi benda yg tidak dihargakan.

Contoh: Lukisan kereta BMW, dalam BQ letak Kereta Perdana.. tidak adil untuk paksa kontraktor ikut lukisan...sebab itu perlu dibuat penyelarasan BQ semula untuk ikut rekabentuk asal supaya kefungsian tidak terjejas. samaada tambahan kos atau lain-lain
3 votes
Jika berlaku percanggahan, isu yang patut diutamakan adalah keperluan sebenar sesuatu reka bentuk itu. Kesilapan mudah berlaku antara dokumen-dokumen tersebut. Sebagai contoh jika BQ menyatakan karpet di bilik air walaupun lukisan menyatakan jubin sudah tentu lukisan didahului dan jika BQ menyatakan jubin tetapi lukisan tersilap menyatakan karpet, untuk perkara ini sudah tentu BQ didahulukan.

Apa yang penting, S.O perlu membuat pelarasan semula yang mungkin memerlukan VO dengan mengambil kira keperluan kehendak reka bentuk seperti yang dijanjikan kepada pihak pelanggan.
35,410 points 16 58 150
...