search
Log In
14 votes
68 views
Bolehkah kerja-kerja di bawah item WPS ditukar kepada WKP?
in Project Management 230 points 1 1 3

1 Answer

5 votes

1. WPS ialah Wang Peruntukan Sementara  bererti sejumlah wang yang diperuntukkan bagi kerja, bekalan barang-barang/bahan atau perkhidmatan yang sama sekali tidak boleh diramal, ditetapkan atau dihuraikan semasa dokumen tender disediakan.

Contoh kerja WPS adalah seperti kerja-kerja Landskap, Signages, Built in Furniture dan lain-lain. Kemungkinan lukisan dan pengiraan kuantiti serta spesifikasi bagi kerja-kerja ini tidak disertakan dalam dokumen tender kerana kekangan masa atau tiada kepakaran. Sehubungan dengan itu, item tersebut dimasukkan sebagai WPS dan diperuntukkan sejumlah wang untuk kerja-kerja tersebut.

Kerja WPS akan diuruskan samaada secara runcit, sebut harga atau tender bergantung kepada harga setiap kerja WPS. PP akan memaklumkan kepada kontraktor utama akan nama subkontraktor atau pembekal yang akan disetuju terima dan Kontraktor hendaklah melantik subkontraktor atau pembekal tersebut. 

2. WKP ialah Wang Kos Prima bermaksud wang yang diperuntukkan bagi kerja atau perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh Subkontraktor Dinamakan atau bagi bahan atau barang-barang yang akan didapatkan daripada Pembekal Dinamakan. 

Contoh Kerja WKP adalah kerja-kerja pakar seperti kerja-kerja NSC untuk sistem bekalan penghawa dingin atau sistem mekanikal atau sistem elektrik. Kebiasaannya HODT (mengikut kepakaran) akan menentukan Kerja Pakar yang akan dilaksanakan dan membuat anggaran mengikut pengalaman pegawai-pegawai. Senarai kuantiti perlu disediakan oleh pihak berkenaan dan dimasukkan bersama dengan dokumen tender utama dan perlu dihargakan oleh Kontraktor Utama. 

PP hendaklah memastikan kerja-kerja untuk item WKP segera ditender supaya perlantikan SubKontraktor Dinamakan tidak terlewat. Kelewatan perlantikan boleh menjejaskan program kerja Kontraktor Utama dan boleh mengakibatkan projek lambat siap dan Lanjutan Masa perlu diberikan. Sekiranya Kerja-kerja Mekanikal & Elektrik dan kerja-kerja lain yang dikategorikan sebagai WPS dalam dokumen kontrak, PP perlu segera menukarkannya kepada kepada WKP dan melaksanakan proses pengurusan mengikut kaedah WKP.

3. Menjawab soalan sama ada WPS boleh ditukar kepada WKP, jawapannya boleh. 

Walaubagaimana pun, penyediaan WPS dan WKP ditentukan semasa penyediaan PDA dan dokumen tender. Tuan perlu mengenal pasti kerja-kerja yang kritikal dan bukan kritikal yang boleh menjejaskan kerja kontraktor utama  sebelum kategorikannya dalam WPS dan WKP. 

Rujukan:

Surat Arahan KPKR Bil 1 1/2012 - Panduan Pelaksanaan Kerja-Kerja Melalui Peruntukan Sementara dan Wang Kos Prima

910 points 6 11
...