search
Log In
7 votes
50 views
in Contract Management 320 points 2 4

1 Answer

2 votes

Dalam tuntutan kerugian & perbelanjaan, Kontraktor Utama perlu membuktikan pihaknya telah mengalami kerugian akibat lanjutan masa kontrak. Resit-resit tuntutan atas nama Subkontraktor hendaklah ditolak kerana tidak membuktikan Kontraktor Utama telah mengalami kerugian dan pihak Kerajaan juga tidak boleh memastikan pihak Kontraktor telah membayar kerugian tersebut kepada Subkontraktor terlibat. Kontraktor Utama perlu menilai terlebih dahulu tuntutan Subkontraktor tersebut beserta bukti bayaran yang telah dibuat kepada Subkontraktor sebelum mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan. 

Oleh itu, tuntutan kerugian dan perbelanjaan berdasarkan resit-resit pembuktian di atas nama Subkontraktor tidak boleh diterima sebagai pembuktian sehingga dibuktikan bahawa jumlah tersebut telah dibayar kepada Subkontraktor. 

Urusetia Roadshow Pentadbiran Kontrak
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Jawapan FAQ yang disediakan adalah berdasarkan soalan-soalan yang kerap dikemukakan oleh pentadbir dan pelaksanaan projek-projek JKR seluruh Malaysia. Ia boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pengurusan dan pentadbiran kontrak serta pelaksanaan projek. Secara umumnya FAQ ini adalah berdasarkan borang kontrak JKR 203, 203A dan Reka & Bina.

Walaupun setiap usaha telah dilakukan bagi memastikan jawapan yang disediakan adalah tepat dan bermanfaat kepada semua warga JKR, jawapan FAQ ini tidak semestinya sesuai dan terpakai dalam setiap keadaan. Ia turut bergantung kepada borang kontrak yang digunakan, perundangan yang terlibat dan kehendak teknikal yang ditetapkan. Dalam hal ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang khusus untuk isu berkenaan.

Walau apa pun, tiada tanggungan diandaikan terhadap Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan ke atas kerugian atau kehilangan disebabkan oleh pergantungan kepada jawapan yang disediakan. Anda boleh merujuk kepada Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk penjelasan lanjut berhubung dengan FAQ ini.

49,960 points 33 88 177
...