search
Log In
15 votes
87 views
in Contract Administration 610 points 2 4 8

1 Answer

4 votes

Sekiranya mesyuarat dipengerusikan oleh P.P berkenaan dan arahan pengerusi telah diminitkan dan minit mesyuarat tersebut telah ditandatangani dan diedarkan kepada Kontraktor oleh P.P, maka ianya boleh diterima sebagai arahan untuk melaksanakan perubahan kerja. P.P perlu mengemukakan permohonan dengan menggunapakai borang APK-KPK terkini untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perubahan Kerja.

Urusetia Roadshow Pentadbiran Kontrak
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Jawapan FAQ yang disediakan adalah berdasarkan soalan-soalan yang kerap dikemukakan oleh pentadbir dan pelaksanaan projek-projek JKR seluruh Malaysia. Ia boleh dijadikan sebagai rujukan dalam pengurusan dan pentadbiran kontrak serta pelaksanaan projek. Secara umumnya FAQ ini adalah berdasarkan borang kontrak JKR 203, 203A dan Reka & Bina.

Walaupun setiap usaha telah dilakukan bagi memastikan jawapan yang disediakan adalah tepat dan bermanfaat kepada semua warga JKR, jawapan FAQ ini tidak semestinya sesuai dan terpakai dalam setiap keadaan. Ia turut bergantung kepada borang kontrak yang digunakan, perundangan yang terlibat dan kehendak teknikal yang ditetapkan. Dalam hal ini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat yang khusus untuk isu berkenaan.

Walau apa pun, tiada tanggungan diandaikan terhadap Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan ke atas kerugian atau kehilangan disebabkan oleh pergantungan kepada jawapan yang disediakan. Anda boleh merujuk kepada Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk penjelasan lanjut berhubung dengan FAQ ini.

49,980 points 33 88 177
...