KEPENTINGAN PENGGUNAAN BUKU HARIAN TAPAK BINA
Catatan di dalam Buku Harian Tapak Bina amatlah penting dan mustahak sebagai rekod untuk digunakan bagi perkara-perkara berikut:-
a) Membuat pertimbangan sama ada lanjutan masa layak diberikan kepada Kontraktor.
b) Membuat penilaian terhadap Perubahan Harga Bahan Binaan (VOP).
c) Membuat penilaian terhadap Tuntutan yang dibuat oleh Kontraktor.
d) Mencari penyelesaian dalam pertikaian dengan Kontraktor.
e) Mencari penyelesaian dalam lain-lain masalah pentadbiran kontrak.
f) Memantapkan pelaksanaan pengurusan projek.