search
Log In
12 votes
128 views
Kontraktor memohon lanjutan masa secara bertulis dan dalam masa yang sama menyatakan hasrat untuk membuat tuntutan. Adakan ia boleh dianggap sebagai Notis Hasrat Menuntut?
in Project Management 400 points 3 4 6
0
Pada pandangan saya, pihak kontraktor boleh menuntut bayaran walaupun kerja masih belum siap sepenuhnya dengan menggunakan kaedah bayaran interim (pada setiap bulan sehingga bulan akhir siap kerja).

1 Answer

3 votes
 
Best answer

Saya mengandaikan soalan ini berkenaan Notis membuat tuntutan Kerugian dan Perbelanjaan (Loss and Expense) yang disebabkan oleh pemberian Lanjutan Masa (EOT).

1.  Terdapat dua syarat utama bagi melayakkan tuntutan kontraktor diberi pertimbangan sewajarnya sebagimana diperuntukkan di dalam kontrak.

2. Sekiranya pihak kontraktor diberikan EOT dibawah Klausa 43.1 (c,d,e,f and h) Syarat- Syarat Kontrak JKR 203A (rujuk Klausa berkaitan untuk DB) maka pihak kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada SO dalam masa 30 hari kejadian yang menyebabkan kelambatan (occurance event) menuntut kerugian dan perbelanjaan.

3. Pejabat SO yang mengambil maklum mengenai notis tuntutan ‘Loss and Expenses’ yang dikemukakan oleh pihak kontraktor pula sewajarnya mengeluarkan surat kepada pihak kontraktor sebagai makluman supaya kontraktor mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengatasi tuntutan ini sekiranya ianya benar-benar berlaku (to mitigate the losses).

4.  Selaras dengan Klausa 44.2 Syarat-syarat Kontrak, pihak kontraktor hendaklah mengemukakan butiran tuntutan berserta pengiraan, resit-resit dan lain-lain dokumen sokongan berkaitan ke pejabat SO dalam tempoh tidak melebihi sembilan puluh (90) hari dari tarikh Perakuan Siap Kerja.  

5. Selaras dengan Klausa 44.3 Syarat-syarat Kontrak, kegagalan kontraktor mengemukakan notis yang berkenaan dan gagal memberi butiran tuntutan dalam tempoh ditetapkan akan menyebabkan sebarang tuntutan kontraktor tidak layak untuk dipertimbangkan.

11,730 points 15 40 78 1 flag
selected by
0

Boleh saya bertanya? kontraktor hendaklah memberi notis bertulis kepada SO dalam masa 30 hari seperti ayat tuan di para 2. Adakah notis ini selepas Perakuan EOT di keluarkan SO? atau dari ayat tuan..occurance event (kejadian yang menyebabkan kelambatan) notis ini di keluarkan sebelum perakuan EOT dikeluarkan oleh SO? terima kasih

...