Projek yang telah ditamatkan hendaklah ditender semula berdasarkan baki kerja. Ini kerana, selain daripada mematuhi peraturan Jabatan ianya memudahkan pihak yang memanggil semula tender mengenakan kos pemanggilan tender semula dan kos baki kerja (yakni kerugian Kerajaan) kepada kontraktor yang telah ditamatkan (kontraktor asal).
Oleh itu, dengan pematuhan ini ia dapat mengelakkan Jabatan daripada kehilangan hak untuk mengenakan kos kerugian sekiranya kontraktor yang telah ditamatkan mencabar atau membawa perkara ini ke perundangan Arbitration atau Mahkamah.