search
Log In
23 votes
35 views
Terdapat pelbagai kriteria untuk sesebuah bangunan mendapat penarafan hijau,bagaimana pula untuk sesebuah bandar diiktiraf sebagai sebuah bandar "green"?Apakah kriteria yang wajib dilihat?
in Fixed Asset (Tak Alih) 8,200 points 40 49 72 1 flag
0

yessmiley soalan yang menarik....

Petikan berita daripada Utusan Online utk bacaan bersama

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar komited untuk menjadikan bandar raya-bandar raya utama di Malaysia sebagai bandar raya teknologi hijau sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Me­laka dan Iskandar, Johor dija­dikan sebagai perintis kepada projek berkenaan yang berkonsepkan teknologi hijau dan model sebagai antara bandar hijau pertama di negara ini.

“Kita juga telah mengenal pasti beberapa bandar utama seperti Ipoh, Perak dan Kuching, Sarawak yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai bandar teknologi hijau yang mampu memperlihatkan kewujudan sebuah perbandaran yang sihat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pa­meran dan Persidangan Pengurusan Alam Sekitar dan Kemampanan di sini hari ini.

Menjelaskannya, Junaidi berkata, kementeriannya telah mengga­riskan panduan dan ciri pembangunan dalam kawasan bandar hi­jau antaranya, kesemua bangunan harus mendapat penarafan bangunan hijau, penggunaan lampu LED dan solar, mengitar semula air hujan dan pembinaan laluan khas pengangkutan awam.

Bagaimanapun beliau me­nga­kui kementeriannya berdepan dengan sedikit masalah meman­dangkan untuk merealisasikan objektif itu memerlukan peningkatan kapasiti yang melibatkan kos yang tinggi.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai laporan khas Utusan Malaysia berhubung sindiket curi pasir di Selangor yang dikatakan mengaut pendapatan sehingga RM10 juta, beliau meminta kerajaan negeri berkenaan supaya mengambil tindakan tegas de­ngan segera.

“Tanah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kita tunggu dan lihat siasatan kerajaan negeri,” katanya. Terdahulu, ketika berucap, beliau memberi­tahu, laporan kementeriannya menunjukkan kira-kira 18.6 juta tan gas karbon dioksida (CO2) berjaya dapat dikurangkan pada tahun 2013.

“Kita menyasarkan pelepasan gas CO2 dapat dikurangkan kira-kira 32 juta tan menjelang tahun 2020,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-bandar-raya-perintis-teknologi-hijau-1.362306#ixzz516M5fQay 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 Answer

1 vote
Pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau secara konsisten amat dititik beratkan
11,340 points 7 10 17
0
Sangat setuju..pengurangan CO2 adalah langkah terbaik dalam proses pengiktirafan Hijau..
...