search
Log In
15 votes
34 views
BIM adalah proses yang melibatkan penjanaan dan pengurusan perwakilan digital ciri-ciri fizikal dan fungsi suatu tempat. Penggunaan BIM semakin mendapat tempat didalam industri binaan dan pengurusan aset.
in Fixed Asset (Tak Alih) 340 points 1 1 6

1 Answer

2 votes

BIM pada peringkat pengurusan aset menyeluruh memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan dalam sesuatu projek bermula dari peringkat reka bentuk sehinggalah pihak pengguna. 

Persediaan JKR buat masa ini adalah melibatkan peringkat reka bentuk yang mengaplikasikan BIM bebas dari percanggahan dan pada masa yang sama parameter-parameter melibatkan keperluan aset telah dimasukkan didalam setiap komponen-komponen BIM seperti pintu, tingkap, perabot, kelengkapan elektrikal, mekanikal dan lain-lain. 

BIM boleh membantu pengurusan aset dengan membekalkan maklumat yang diperlukan. Tetapi kualiti maklumat ditentukan dengan tahap penggunaan BIM oleh sesuatu organisasi. Rujuk pautan untuk tahap penggunaan BIM. (https://www.thenbs.com/knowledge/bim-levels-explained)

Sehubungan dengan itu, tahap penggunaan BIM di JKR sedang ditingkatkan untuk menjayakan pengurusan aset menyeluruh.

35,700 points 16 60 153
...