search
Log In
19 votes
66 views
Dokumen Piawaian JKR Bagi Jangka Hayat Aset Infrastruktur dan Aset Kejuruteraan telah dikeluarkan pada tahun 2013, namun sejauh mana penerimaannya dalam membantu pegawai JKR dalam operasi penyelenggaraan? Senarai aset juga perlu ditambah.
in Assets & Facilities Management 420 points 2 2 6

2 Answers

2 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pada pendapat saya jika kita inginkan satu piawaian bagi Jangka Hayat (LCC) Aset Infrastruktur dan
Aset Kejuruteraan isu-isu berikut harus dikaji dan diperjelaskan dahulu:-

  1. Kajian tershadap tempoh sahlaku kegunaan setiap komponen itu perlu dikaji demi mengwujudkan satu pengkalan data yang jelas untuk dijadikannya sebagai satu rujukan.
  2. Kandungan data-data tersebut harus merangkumi:-
    • aspek kos gantian,
    • kebolehperolehan dan pembekalnya mengikut kelulusan senarai semakan JKR atau SIRIM,
    • jangka hayat penggunaan dan tarikh luput mengikut syor pembekal,
    • pakar-pakar pemborong yang terwujud mengikut bidang.
  3. Tatacara penyediaan kos anggaran penyenggaraan tahunan mengikut sistem pengoperasian bidang masing-masing.
  4. Senarai pakar-pakar yang terwujud mengikut bidang yang ada di JKR.
  5. Prosidur dab perancangan perolehan peruntukan.
  6. Disamping itu man-hour yang diperuntukan dan dipergunakan untuk skop-skop berikut harus juga diambilkira dan direkodkan sebagai penyumbang kepada LCC demi dijadikan rujukan dimasa akan datang:-
    • Jumlah masa yang diambil untuk kerja desk study dan rekabentuk.
    • Kos yang terlibat dalam kerja ujian tanah, kerja ukur dan ujian makmal.
    • Jumlah kos pembinaan termasuk segala VO.

    Susulan kepda itu, adakah dan sudahkah JKR menyediakan kesemua data-data dan keperluan yang tersenarai seperti di atas untuk dijadikan sebagai rujukan lazim dan asas demi menyediakan satu sistem pengkalan data LCC yang menyeluruh? Andai sudah, bagaimanakah cara penggunaannya?

 

        

48,980 points 106 197 355
edited by
1 vote

Surat Arahan KPKR Bil. 1/2013 Piawaian JKR Bagi Jangka Hayat Aset Infrastruktur dan Aset Kejuruteraan telah dikeluarkan pada 10 Januari 2013 yang mengesyorkan jangka hayat reka bentuk (design life), hayat berguna (useful life) dan hayat keseluruhan (whole life).

Piawaian ini merangkumi aset tak alih (bangunan, infrastruktur, komponen mekanikal dan elektrik/ elektronik) dan aset alih (kenderaan, loji, peralatan mekanikal & logam, peralatan elektrik/ elektronik, perabot dan seni bina).

Piawaian ini merupakan hasil perbincangan dan maklumat daripada cawangan-cawangan pakar Ibu Pejabat JKR Malaysia. Seharusnya dokumen ini menjadi salah satu rujukan terutamanya kepada pemilik aset, pereka bentuk dan pengurus aset & fasiliti untuk melaksanakan pendekatan Kos Kitaran Hayat (LCC), perancangan/ penjadualan penyenggaraan tahunan, perancangan bajet penyenggaraan tahunan, dan sebagainya.

Jangka hayat aset dan kos kitaran hayat (life cycle cost - LCC) adalah perkara yang berbeza tetapi saling berkaitan:

  • Jangka hayat aset adalah tempoh purata atau maksimum kewujudan sesuatu aset dalam bentuk fungsi asalnya.
  • Kos kitaran hayat (LCC) pula ialah jumlah kos yang dianggarkan bagi sesuatu aset pada keseluruhan fasa kitaran hayatnya merangkumi kos pemerolehan dan kos pemilikan.

Piawaian JKR Bagi Jangka Hayat Aset Infrastruktur dan Aset Kejuruteraan sedang disemak untuk penambahbaikan oleh Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB).

BPPA/ CPAB juga sentiasa mengalu-alukan kajian serta maklumat oleh cawangan-cawangan pakar (atau pegawai pakar) yang berkaitan bagi memastikan piawaian ini dimantapkan lagi sama ada dengan penambahan senarai aset mahupun meningkatkan ketepatan maklumat yang terkandung di dalamnya.

3,110 points 3 16 34
...