search
Log In
10 votes
8 views
Sedia maklum, terdapat beberapa JKR Daerah mempunyai kekurangan pemandu kenderaan yang memiliki lesen E dan H. Adakah usaha jabatan untuk menganjurkan program bersama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi meningkatkan KOMPETENSI pemandu kenderaan di peringkat JKR Daerah?

Jika tiada, wajar usul menganjurkan program lesen E dan H dibawa oleh Majlis Bersama Jabatan (MBJ) supaya program tersebut menjadi kenyataan atas kepentingan fungsi jabatan.

Pada pandangan saya, ia wajar dilaksanakan memandangkan kebanyakan pengambilan pemandu kenderaan baru oleh SPA mempunyai hanya sekadar Lesen kenderaan B2 dan D sahaja. Pelaksanaan operasi JKR sangat memerlukan pemandu kenderaan yang mempunyai Lesen B2, D, E dan H terutama dari segi :

1) operasi penguatkuasaan bagi menangani isu menceroboh tanah kerajaan (contoh perlu guna backhoe JKR untuk meroboh gerai haram atas tanah kerajaan)

2) penghantaran peralatan & khemah JKR untuk Majlis Rasmi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan (perlu guna lori JKR)

3) Operasi Bencana (Tanah runtuh) - perlu guna lori JKR dan backhoe JKR
in Human Resource Management 18,020 points 26 67 123
edited by

Please log in or register to answer this question.

...