search
Log In
18 votes
37 views
Secara global, negara maju telah membuat kajian dan pembangunan bangunan Hijau untuk mengurangkan pembebasan CO2, pelbagai pengiktirafan telah diberikan seperti Low Energy Office, Green Energy Office, Nearly Zero Engergy Building, Zero Energy Building dan lain-lain. Sejauh manakah bangunan di Malaysia mengejar sasaran seperti negara maju semasa peringkat rekabentuk dan pembinaan?Adakah elemen-elemen green sehingga tahap NZEB telah diambilkira semasa awal?
in Green 8,200 points 40 49 72

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Mencapai pembangunan cekap tenaga bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya bukan sahaja bermula semasa fasa rekabentuk bangunan, fasa pembinaan malah yang paling utama semasa fasa operasi kerana tempoh fasa operasi adalah yang paling panjang. Kesedaran mengenai rekabentuk cekap tenaga bukan hanya kepada para arkitek, jurutera, kontraktor malah yang paling penting pengguna bangunan. 

Pada pandangan saya, JKR tidak ketinggalan kearah pembangunan NZEB, ZEB, LEO dan GEO. 

1. Di bawah Pembangunan Lestari JKR, salah satu daripada 10 jawatankuasa adalah Jawatankuasa Kerja Pengurusan Kecekapan Tenaga & Tenaga Boleh Baharu, (JKK EERE). JKK EERE ini diterajui oleh CKE. Pelaksanaan 10 JKK ini dipantau melalui mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Lestari JKR (JKIPL) yang dipengerusikan oleh KPKR. Antara sasaran JKK EERE sejak 2013 adalah :-

          i. Rekabentuk bangunan baru JKR mencapai BEI <140kWj/m2/tahun.

          ii.Menggalakkan pelaksanakan Sistem Pengurusan Tenaga bagi bangunan sedia ada JKR melalui pensijilan MS ISO 50001. Bangunan IPJKR blok A,B,C,D,E, dan F telah mendapat pensijilan ISO 50001 sejak 2015, manakala bangunan JKR Perak telah mendapat pensijilan ISO 50001 sejak 2019.

2. Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga melaksanakan Program  Audit Tenaga  kepada bangunan-bangunan kerajaan yang terpilih atau yang dipohon oleh pengguna bangunan. Program ini memberi pengetahuan dan kesedaran tentang amalan penggunaan tenaga dengan cekap kepada pengguna bangunan.

3. Dokumen Malaysian Standard, MS 1525:2019, Energy Efficiency and Use of Renewable Energy for Non-Residential Buildings telah diterbitkan untuk rujukan

4. Surat Arahan KPKR Bil.2/2020 Pelaksanaan Penarafan Hijau (pHJKR atau MyCREST) bagi projek-projek yang JKR laksana adalah sistem penilaian kearah menggalakkan rekabentuk cekap tenaga.

Banyak lagi aktiviti JKR Kearah kecekapan tenaga yang bukan hanya tertumpu kepada rekabentuk bangunan baru, malah penyenggaraan bangunan sediaada. JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya misalnya, sangat aggresif memantau penggunaan tenaga bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya dan melaporkan penjimatan dalam bentuk penjimatan karbon kepada Perbadanan Putrajaya di bawah Inisiatif Bandar Rendah Karbon.

Usaha Malaysia ke arah pembangunan NZEB, ZEB, LEO dan GEO telah berapa di tahap "sederhana" menuju kearah negara membangun. Kesedaran dan dokumen rujukan telah sedia untuk dirujuk, dimantapkan dan dilaksanakan bersama. Semua pihak, setiap individu malah setiap rakyat Malaysia adalah bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat ini. Kejayaan gemilang pasti dicapai dengan kerjasama dan sokongan setiap individu. 

2,740 points 3 8 18
selected by
...