search
Log In
10 votes
24 views
Penggunaan Steel Slag untuk pembinaan Jalan. Adakah JKR pernah menjalankan kajian terperinci ke atas penggunaan ini?
in Technical & Contract Admin 1,660 points 2 10 25

1 Answer

4 votes
Pengalaman julung kali dalam menggunakan steel slag sebagai bahan turapan jalan dilapokan pada tahun 1997 di mana kawasan di sekitar plaza tol Jambatan Pulau Pinang diturap dengan steel slag asphalt. Susulan dari itu, dua lokasi lagi di Teluk Kumbar dan Balik Pulau diturap dengan asphalt yang sama pada Disember 2000 (laluan tidak dinyatakan). Perbandingan Marshall stability dan flow - 11,600 N dan 3.8 mm bagi conventional asphalt, 13,270 N dan 3.5 mm bagi steel slag asphalt. Selain itu, tiada maklumat lain diperolehi dari tapak percubaan itu.

Kajian oleh penyelidik dari universiti tempatan (HAININ Mohd Rosli et al, 2012) menunjukkan resilient modulus bagi steel slag asphalt lebih tinggi dari conventional asphalt. Selain itu, steel slag asphalt juga didapati menunjukkan resistance to permanent deformation lebih baik dari conventional asphalt dalam ujian wheel tracking.

Di China (SUN Yihan et al, 2014), kajian dijalankan ke atas potensi steel slag asphalt sebagai self-healing material dengan menggunakan microwave heating. Kajian itu mendapati kadar pemanasan steel slag asphalt hampir dua kali ganda lebih cepat dari limestone asphalt. Kesimpulan yang dibuat, microwave heating dapat digunakan untuk menggalakkan self-healing bagi steel slag asphalt.
15,950 points 4 30 81
...