search
Log In
13 votes
34 views

Saya ada persoalan seperti berikut:

  1. Bagaimana prosedur yang betul untuk lay premix di kawasan berbukit? Ianya bermula dari atas atau bawah bukit?

  2. Apakah kesan atau implikasi jika lay premix dari kawasan atas bukit ke bawah bukit atau sebaliknya? Adakah akan menyebabkan shoving atau rutting?

in Pavement 3,580 points 11 33 40
edited by

1 Answer

7 votes
 
Best answer
Bermula dari bawah bukit. SPJ clause 4.3.3.5 (g) menetapkan 'laying shall not be carried out in a downhill direction..'. Rolling juga dari bawah. Jika roll dari atas, roller akan acap kali tekan brek (untuk elak gelongsor ke bawah) menyebabkan pergerakan tidak lancar/tersekat-sekat dan permukaan tidak rata serta akan induce cracking. Dan lebihan air yang disembur ke atas tayar roller supaya tayar itu basah dan bersih semasa gelek (untuk elak premix dari melekat) akan mengalir menuruni bukit, mudah meresapi ke dalam premix yang belum dipadatkan di bahagian bawah bukit itu menyebabkan premix menjadi sejuk sebelum dipadatkan.  

Rutting dan shoving di lorong mendaki bukan disebabkan oleh paving menuruni bukit. Ia berlaku disebabkan oleh:

1) Kenderaan berat.

2. Beban kenderaan dikenakan pada tempoh yang lama (long loading time) disebabkan kenderaan berat bergerak perlahan mendaki bukit.

3) Suhu permukaan jalan yang tinggi.

Dalam keadaan begitu, bitumen yang bersifat viscos-elastic akan berubah sifat menjadi lebih viscous berbanding elastic. Bila ditekan oleh beban kenderaan berat, turapan jalan itu akan melekuk dan tidak memantul (rutting). Apabila rutting menjadi lebih serius dan air voids semakin kecil, bahan turapan menjadi tidak stabil dan bergerak/berombak ke tepi bila terus ditekan (shoving).
15,950 points 4 30 81
selected by
...