search
Log In
11 votes
38 views
  1. Berapakah % campuran getah dalam cup lump modified asphalt (CMA)?

  2. Apa beza spesifikasi teknikal kaedah sebelum/semasa/selain CMA ini?

  3. Kelebihan CMA boleh kurangkan keretakan. Bagaimana kaedah ini berbanding konvensional?

  4. Sejauh mana penggunaan CMA ini mengurangkan bunyi bising/noise reduction? Atau adakah kaedah ini tidak beri kesan pada noise reduction?

in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

3 votes
 
Best answer

1. Campuran getah cup lump di dalam bitumen (cup lump modified bitumen CMB) adalah rahsia syarikat yang telah diberi patent. Kebiasaannya peratusan getah dalam bentuk serbuk yang dicampur adalah sekitar 5% dari berat bitumen. Kuantiti CMB di dalam cup lump modified asphalt (CMA) pula ditentukan melalui rekabentuk campuran (mix design) cara konvensional iaitu dengan menggunakan kaedah Marshall. Kebiasaannya kandungan CMB di dalam CMA, jika menggunakan asphaltic concrete AC14, ialah sekitar 5.5% dari berat asphalt.

2. Secara ringkas, spesifikasi konvensional kita tetapkan penetration grade 80-100 atau 60-70 (hanya grade 60-70 mulai 1 Mei 2017). Marshall stability minimum 8,000 N. Bagi spesifikasi polymer modified asphalt (yang diguna pakai untuk CMA), kita tetapkan PG76 bagi CMB. Marshall stability minimum 13,000 N.

Nota:

Kita biasanya hanya dapat PG64 bagi penetration grade 60-70. Namun boleh dapat PG70 jika guna grade 60-70 dari pengeluar bitumen tertentu khususnya yang menggunakan heavy crude source.

3. Bila dicampurkan dengan sedikit getah, bitumen akan menjadi lebih elastik. Ini dapat ditentukan melalui ujian dynamic shear rheometer di mana lebih kecil nilai phase angle d (delta) yang diperolehi bermakna komponen elastik bitumen itu lebih tinggi. Bahan yang lebih elastik sewajarnya tidak mudah putus bila diregangkan. Lapisan nipis bitumen yang terubahsuai dengan campuran polimer (seperti getah) yang membaluti agregat dalam asphalt tidak mudah menjadi keras bila terdedah kepada tindak balas dengan oksigen (oxidation). Kuantiti bitumen bercampur getah (yang lebih likat itu) di dalam asphalt dapat ditingkatkan tanpa menyebabkan bleeding, dengan itu dapat menambahkan ketebalan lapisan bitumen membaluti agregat. Lapisan bitumen yang lebih tebal seharusnya tidak mudah mengeras oleh oksigen, dan ditambah dengan sifat yang lebih elastik, tidak akan mudah pecah (yang menyebabkan permukaan jalan retak) bila diasak oleh beban trafik. Namun harus diingatkan jika getah terdedah terlalu lama kepada suhu yang tinggi semasa dibancuh dan disimpan sebelum CMB digunakan, getah itu akan beransur-ansur degrade menyebabkan kandungan effective rubber di dalam bitumen itu akan berkurangan dan menjejaskan keberkesanan bitumen bercampur getah itu.

4. Kandungan getah di dalam asphalt (bahan turapan jalan) adalah sangat rendah, hanya kira-kira 0.25% (iaitu 5% berat getah di dalam bitumen kali 5% berat bitumen di dalam asphalt) berat asphalt itu. Jika getah sekalipun dikatakan mempunyai keupayaan untuk menyerap bunyi bising yang terhasil dari geseran tayar kenderaan pada permukaan jalan, sudah tentu keberkesanannya sangat kecil. Sebenarnya cara yang lebih efektif bagi mengurangkan bunyi bising itu ialah dengan menggunakan aggregate dengan gredan terbuka (open graded aggregate gradation) bagi menghasilkan jenis asphalt seperti porous asphalt. Kesannya kepada penghuni rumah di tepi jalan ialah seperti menganjak rumah itu lima (5) kali ganda lebih jauh dari tepi jalan itu. Ditambah dengan tekstur permukaan yang kasar, porous asphalt semasa mula diperkenalkan di Malaysia juga dipanggil skid resistant silent surfacing.

Di US, mereka pakai crumb rubber (diproses dari tayar lori terpakai), dan asphalt yang digunakan bersama crumb rubber modified bitumen itu ialah dari jenis gap graded seperti SMA. Tengok apa yang delegasi US presented semasa IRF Congress di PWTC bulan Oktober 2016? Crumb rubber gap graded asphalt. Video yang ditayangkan oleh delegasi itu menunjukkan gap graded asphalt itu boleh mengurangkan bunyi bising. Selain itu, kandungan crumb rubber yang digunakan sangat tinggi, sehingga 20% dari berat bitumen itu. Saya pernah uji performance grade PG crumb rubber modified bitumen dalam kajian di Jalan Kuantan - Gambang pada 2003. Untuk mencapai PG76, kita perlu campur crumb rubber sehingga 17% dari berat bitumen penetration grade 80-100. Di China, mereka juga guna crumb rubber gap graded asphalt. PG yang ditetapkan di sana saya difahamkan semasa lawatan ke satu gerai pameran di ITS Seminar di Bangsar South pada awal tahun lepas ialah PG82.

15,950 points 4 30 81
selected by
...