search
Log In
13 votes
62 views
Adalah penggunaan 'Steel Beam' sesuai untuk digunakan bagi struktur ground floor yang mana struktur tersebut bersentuhan dengan tanah.
in Structure 700 points 5 7 12

2 Answers

4 votes

Pada pandangan saya sebelum kita berbincang tentang kesesuaian penggunaan komponen 'Steel Beam' sebagai gorund beam yang bersentuhan dengan tanah, perkara-perkara dan isu berikut harus dikaji dan mengambil tindakan yang sewajarnya:-

  1. Kajian Kedudukan
    1. Yang berhampiran dengan persisiran pantai.
      1. Kandungan chloride air laut akan mempercepatkan proses kekaratan.
      2. Sentiasa berada dalam keadaan lembap.
    2. Yang berkedudukan dalam keadaan water table yang tinggi.
      1. Sentiasa berada dalam keadaan lembap.
    3. Yang ph tanah adalah dari jenis yang acidic.
      1. Akan mempercepatkan proses kekaratan.
    4. Yang berhampir dengan kilang kimia.
      1. Akan mempercepatkan proses kekaratan.
  2. Adakan tindakan perlindungan yang bersesuaian ikut kehendak setempat untuk mengatasi masalah durability.
    1. Membekalkan dengan protective coating yang lebih durable.
    2. Menggunakan beam yang mempunyai sectional thickness yang jauh lebih besar dari kehendak rekabentuk.
    3. Membekalkan dengan concrete lining tambahan.
    4. Mengadakan kaedah catholic protection system.
    5. Kaedah untuk merendahkan water table sekeliling struktur tersebut dengan membekalkan perimeter drain yang invert levelnya jauh lebih dalam dari paras kedudukan rasuk tersebut.
  3. Adakan aspek rekabentuk yang mempunyai design life yang lebih lama berbanding dengan kehendak asas.
    1. Menggunakan beam yang mempunyai sectional thickness yang jauh lebih besar dari kehendak rekabentuk.
    2. Menggunakan higher carbon contained steel atau gred besi yang lebih tinggi seperti grade 43A keatas.
48,820 points 106 195 351
2 votes
Mengapa tidak? Sedangkan keluli digunakan utk pelantar minyak serta juga basmen di negara luar. Bagi menggunakan steel beam di kawasan Tanah yang corrosive, maka adalah lebih wajar menggunakan encased steel beam.
50,150 points 24 102 239
...