search
Log In
8 votes
27 views
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

3 votes
 
Best answer

Betul lah tu apa yang dimaksudkan the next state capital. Di Kuala Terengganu umpamanya, within town limits bandar KT itu, directional signs wajar paparkan Kuantan dan Kota Bharu sebagai panduan kepada mereka yang ingin keluar dari bandar itu untuk menuju ke arah selatan atau utara. Tidak perlu paparkan the next immediate places seperti Kuala Dungun, Jertih dan sebagainya jika tiada ruang kerana kebiasaannya directional signs dalam kawasan bandar perlu paparkan nama-nama jalan tumpuan (tulisan kuning), tempat-tempat tumpuan utama seperti Pasar Payang, Pantai Batu Buruk, premis kerajaan dan sebagainya.

Bila keluar sikit dari kawasan bandar dan ada ruang pada papan tanda, baru kita boleh paparkan the next immediate places seperti Kuala Dungun. Jika di sempadan daerah, seperti dari Kuala Terengganu ke arah Dungun, boleh paparkan Marang, Kuala Dungun dan Kuantan. Dari Dungun ke arah Kemaman, boleh paparkan Paka, Chukai dan Kuantan. Bagi di sempadan negeri, dari Pasir Puteh, Kelantan ke arah Besut, Terengganu, boleh paparkan Jertih dan Kuala Terengganu.

Bagi sempadan KT - Dungun FT003 umpamanya, tidak perlu paparkan Paka dan Chukai sebab tempat itu masih jauh lagi, melepasi Kuala Dungun. Selepas Kuala Dungun, baru kita paparkan the next immediate places seperti Paka dan Chukai. Wajar kita paparkan the next state capital Kuantan di antara Kuala Terengganu dan Kuala Dungun lagi. Selepas Kuala Dungun, kekalkan paparan Kuantan untuk continuity pada paparan papan tanda itu.

15,950 points 4 30 81
selected by
0
Terima kasih Tn atas perkongsian yang amat bermanfaat!
...