search
Log In
9 votes
24 views
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

3 votes

Sebagai pengisi air voids di dalam fine aggregate seperti quary dust, filler adalah bahan yang lebih halus dari quarry dust itu sendiri. Sekurang-kurangnya 70% telus 0.075 mm test sieve. Quarry dust tidak sehalus itu. Filler juga adalah sebagai agent anti-stripping, perlu jika guna granite aggregate (sebab particle charge sama dengan bitumen, akan repel). Simen boleh di gunakan sebagai filler (sebab dia halus) dan anti-stripping. Hydrated lime pun boleh digunakan sebagai filler (dia pun halus juga) tetapi anti-stripping dia lebih bagus dari simen. Hydrated lime juga boleh berfungsi sebagai anti-oxidant. Limestone powder kurang berkesan berbanding hydrated lime. Dolomitic lime berkesan juga sebagai anti-stripping. Quick lime jangan pakai, boleh memudaratkan asphalt. Ada kuari pakai debu (lebih halus dari quarry dust) dari dalam baghouse (yang kuari install untuk trap habuk) sebagai filler tapi debu ini, jika dari granite aggregate, tidak berfungsi sebagai anti-stripping. Sebagai opsyen, boleh try pakai zycotherm, bersama filler. Kajian di UTHM (Nov 2015) menunjukkan resistance to stripping asphalt bercampur sedikit liquid additive itu (kuantiti 0.1% dari berat bitumen) meningkat dengan ketara dari ujian-ujian seperti boiling with water dan moisture induced damage. 

15,950 points 4 30 81
...