search
Log In
23 votes
57 views
Q-lassic telah diperkenalkan oleh CIDB dalam membantu menjaga kualiti dan workmanship sesebuah projek bangunan, adakah projek-projek bangunan juga mengambil Q-lassic sebagai syarat dalam kontrak pembinaan?
in Civil 8,200 points 40 49 72
reshown by

2 Answers

4 votes

Rujuk Nota Kursus Qlassic 6-8/2/2018 di CREaTE. Pohon share link nota jika ada...laugh

6,440 points 14 36 93
0
Hahaha..boleh2...
5 votes
Qlassic adalah satu assessment bagi mengukur tahap kualiti workmanship sesuatu projek dengan sampel yang dipulih secara rawak mengikut Standard CIS7:2014.

Difahamkan pekeliling atau arahan bagi menggunapakai Qlassic dalam semua projek bermula 2018, akan tetapi masih belum dikeluarkan.

Untuk projek swasta kebanyakan pemaju besar menggunapakai Qlassic sebagai satu cara untuk mendapatkan kualiti yang baik disamping boleh dijadikan sebagai marketing tool oleh pemaju.

Bagi memberikan kualiti yang baik kepada pengguna, pemaju juga menjadikan skor Qlassic sebagai syarat di dalam kontrak dimana kontraktor yang tidak mencapai tahap yang termaktub dalam kontrak akan dikenakan penalti sehingga jutaan ringgit bagi setiap % yang tidak dicapai.

Bagi mencapai skor yang tinggi, kontraktor dan pemaju juga mempunyai Qlassic Assessor dalaman sebagai auditor yang dibuat secara berkala sebelum pemeriksaan dibuat oleh CIDB bagi mengekalkan muyu kerja.

Bagi mengekalkan mutu kualiti pembinaan di Malaysia serta menggalakan penggunaan Qlassic diperluaskan, pihak CIDB juga memberi penganugerahan kepada pemaju yang mencapai skor tertinggi mengikut kategori masing-masing.

Bagi projek kerajaan, masih belum dijadikan sebagai syarat kontrak cuma atas inisiatif pengurus program atau pengawai penguasa untuk menggunakan Qlassic dalam projek mereka. Cuma boleh dicadangkan kepada pihak pengurusan untuk menggunapakai Qlassic sebagai syarat pematuhan dan menggunakan indikasi skor berkenaan dalam penilaian tender.
25,440 points 38 98 191
edited by
0
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn!
...