search
Log In
21 votes
58 views
Sering berlaku masalah pothole berulang terutama pada musim hujan, adakah kaedah yang lebih baik supaya penampalan pothole  tidak berulang lagi?
in Road 470 points 2 2 4
0
Konkrit je pothole tu

2 Answers

5 votes

Penampalan pothole yang berulang sering terjadi samada di lokasi yang sama atau lokasi berlainan tetapi jajaran yg sama. Sepertimana kita tahu, air adalah  musuh utama kepada jalan, justeru pencegahan ini sepatutnya dijalankan semasa peringkat rekabentuk dan pembinaan lagi.
Di peringkat rekabentuk samada jalan baru atau resurface, safety factor untuk sistem saliran perlu ditinggikan dengan mengambilkira bukan sahaja rekod hujan 10 tahun yg lepas, tetapi punca sebenar kejadian pothole, sejarah kejadian banjir jajaran tersebut, kapasiti saliran/ sungai sedia ada, bilangan outlet yang mencukupi, sikap pengguna jalanraya yang masih suka membuang sampah dijalanraya/longkang, dan pembangunan sekeliling yang menyumbang kepada air larian hujan.
Di peringkat pembinaan, keadaan sebenar boleh diuji dan dicerap semasa hujan lebat, pastikan tiada settlement berlebihan/undulating, komposisi asphalt yang mencukupi dan pemantauan kualiti yang rapi/ standing supervision oleh pegawai yang kompeten. Kebiasaannya, pegawai yang terlibat dalam standing supervision tidak mencukupi berbanding pegawai yang memantau dari jauh/audit yang ramai. Sebaiknya, jurutera rekabentuk juga diberi tugasan untuk site supervision sepanjang tempoh pembinaan. Justeru, dengan harapan bilangan pothole dapat diminimakan atau hanya wujud dipenghujung usia jalan tersebut.
 

Wallahualam, hanya pandangan peribadi. 

Prevention is better than cure smileyyes

6,450 points 14 36 93
0
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat, Tn!
4 votes

Saya akan fokus jawapan ini pada tiga keywords ini - pothole berulang, musim hujan, kaedah yang lebih baik.

Kenapa pembentukan pothole sering dikaitkan dengan musim hujan sehinggakan diberi gambaran pothole berulang di musim itu?

Jika permukaan turapan jalan dalam keadaan baik - tidak ada keretakan, tidak ada pothole, adakah pothole akan terbentuk semasa hujan? Jika fasiliti jalan dalam keadaan baik - longkang tepi jalan berfungsi dengan baik, air dari permukaan jalan dapat mengalir lancar ke longkang itu tanpa tersekat di bahu jalan, aras bahu jalan lebih rendah dari permukaan jalan, weephole tidak tersumbat dan sebagainya, tidak mungkin akan tiba-tiba timbul pothole. Kebiasaannya, pothole terjadi dari keretakan. Keretakan pada permukaan jalan akan membenarkan air meresap masuk ke dalam struktur pavemen. Tidak dapat dinafikan, sesetengah pendapat mengatakan air adalah musuh utama jalan. Jika keretakan itu tidak dirawat, ia akan menjadi lebih lebar, semakin panjang dan mula bercabang sehingga menjadi crocodile cracks dan spalling. Lambat laun, akan terbentuklah pothole.

Kenapa keretakan itu perlu dirawat? Sewajarnya sebarang keretakan perlu dirawat di peringkat awal pembentukannya. Jika tidak, air yang meresap masuk akan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan dalam pelbagai cara;

1. Balutan bitumen pada aggregate akan tertanggal. Ini akan mengurangkan kekuataan bahan turapan itu.

2. Tekanan hidraulik ke atas air yang terperangkap di dalam keretakan akan membentuk keretakan baru.

3. Resapan air ke lapisan bawah struktur pavemen akan melemahkan roadbase dan subgrade menyebabkan struktur itu tidak lagi dapat menampung beban trafik. Kegagalan fatigue ini akan merancakkan lagi pembentukan keretakan pada permukaan jalan.

Oleh itu, bagi mengelak atau melambatkan pembentukan pothole, keretakan pada permukaan jalan seharusnya dirawat dengan segera. Teknik rawatan yang biasa diamalkan ialah crack sealing. Dalam kontrak penyenggaraan Jalan Persekutuan, crack sealing ialah sebahagian kerja penyenggaraan rutin (RO 1.3). Crack sealing akan menghalang air dari memasuki ke dalam struktur pavemen dan berdasarkan kajian di luar negara, akan dapat memanjangkan jangka hayat struktur pavemen sehingga 3 - 5 tahun.

Dalam kontrak penyenggaraan Jalan Persekutuan, ada diterangkan cara menampal pothole dengan baik. Secara ringkas, keratan empat segi dibuat 50 mm dari tepi pothole, turapan lama kemudian dipecahkan, dibuang dan permukaan keratan dibersihkan. Tack coat disembur pada permukaan dan tepi keratan sebelum ditampal dengan hot mix. Kesilapan yang biasa dibuat - turapan lama tidak dipecahkan dan dibuang selepas dibuat keratan empat segi, hanya bahagian atas lapisan turapan yang dibuang dan bukan satu lapisan wearing course yang lama, lapisan lama tidak dibuang sebaliknya terus ditampal, tampalan terlalu nipis (ketebalan kurang dari dua kali saiz aggregate paling besar yang digunakan dalam bahan tampalan, bahan tampalan yang digunakan bukan hot mix (atau cold mix yang tidak mencapai kekuatan sepertimana hot mix), tidak dipadatkan dengan sempurna dan sebagainya. US Roads menggariskan cara menampal pothole yang boleh bertahan lama - potong, pecah, buang, bersih, tack coat, tampal dan seal di bahagian yang dipotong untuk elak air dari meresap masuk.

Namun begitu, jika struktur pavemen telah melepasi jangka hayatnya dan perlu diperkukuhkan dengan teknik rawatan yang lebih rumit di bawah program penyenggaraan berkala pavemen, penampalan pothole yang terbentuk tidak lagi akan berkesan dan akan berulang walaupun tampalan telah dibuat dengan baik.                   

15,950 points 4 30 81
0
Wajar perkara ini disebarkan kepada semua kakitangan yang melaksanakan kerja2 penyelenggaraan jalan secara jabatan supaya KPI zero pothole dapat dicapai.
...