Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Salah satu ciri utama di dalam teknologi IoT adalah saling terhubungnya (inter-connected) peralatan pengguna dan juga objek seperti sensor, smart meter, home appliances, kenderaan dan lain-lain kepada internet yang berkelajuan tinggi secara tanpa batasan. Ia juga disebut sebagai ubiquitous network; present everywhere, anywhere at anytime.
Berdasarkan ciri utama di dalam teknologi IoT yang dinyatakan di atas, sasaran untuk melaksanakan teknologi IoT di Putrajaya secara menyeluruh boleh dilaksanakan melalui langkah-langkah berikut:
- Pelaksanaan In-Building Coverage (IBC) iaitu pemasangan antena sistem komunikasi mudah alih di dalam bangunan perlu selaras dengan Techincal Code - RADIOCOMMUNICATIONS NETWORK FACILITIES - IN-BUILDING yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multi Media (SKMM).
- Mengadaptasi teknologi IoT di dalam IBC seperti 5G, LoRa WAN, Zigbee, RFID etc yang memerlukan kerjasama rapat di antara pihak Network Facilities Provider (NFP) dan pihak pembekal peralatan komunikasi.
- Meningkatkan kesedaran pengguna dan orang awam bahawa gelombang electromagnetic ataupun RF-EMF tidak memberi impak negatif kepada kesihatan. Pihak yang berwajib perlu memainkan peranan dan menyediakan garis panduan yang jelas berkaitan perkara ini.
#StayAtHome