search
Log In
8 votes
46 views
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

2 votes
Dalam proses rekabentuk asphalt, satu grading curve iaitu satu garisan smooth dan continuous yang berada dalam master grading envelope seperti ditetapkan dalam Jadual 4.3.3 SPJ dipilih. Garisan yang dipilih itu tidak semestinya berada betul-betul ditengah master grading envelope itu. Setiap kuari ada kreativiti dalam menyediakan grading curve masing-masing. Grading curve yang hampir dengan upper limit bagi saiz aggregate yang kasar ((> 5.0 mm) dan hampir dengan lower limit bagi saiz aggregate yang halus (< 5.0 mm) akan memberi grading curve berbentuk 'S'. Bentuk grading curve ini hampir menyerupai grading curve stone mastic asphalt yang mempunyai rintangan yang kuat terhadap rutting. Jika dikenakan toleransi +/- 5.0%, +/- 4.0%, +/- 3.0% dan +/- 2.0% ke atas masing-masing passing saiz 5.0 mm, 3.35 dan 1.18 mm, 0.425 dan 0.150 mm, dan 0.075 mm (sepertimana ditetapkan dalam Jadual 4.3.6 SPJ) ke atas grading curve berbentuk 'S' itu, ada kemungkinan envelope job mix formula itu akan terkeluar dari master grading envelope. Boleh ke? Tidak menjadi masalah dan tidak perlu tekan butang panik. Envelope grading job mix formula itu boleh diterima tanpa perlu dibuat pembetulan semata-mata untuk pastikan envelope itu berada di dalam master grading envelope. Yang lebih penting yang perlu diberi tumpuan, grading aggregate asphalt yang dihasikan mematuhi job mix formula. Yang tidak penting, job mix formula grading envelope mematuhi master grading envelope.
15,950 points 4 30 81 1 flag
0
Master grading envelop.. merujuk kpd specification jkr spj2008? Btl ke tuan.
0
Master grading envelope merujuk pada Jadual 4.3.3 (bagi asphaltic concrete) dalam JKR/SPJ/2008-S4.
...