search
Log In
7 votes
29 views
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

2 votes
Ikut panjang. Maksimum 20% of road length, sebaiknya 10% setiap belah jalan, setiap tahun. Tujuan menggred bahu jalan adalah untuk mendapatkan permukaan rata, aras flush dengan pavemen supaya air tidak tersekat di tepi jalan, ada slope untuk larikan air dari pavemen dan sebagainya. Tidak perlu keadaan seperti ini sehingga jauh dari tepi jalan.

Bagi dibuat perbandingan, kerja potong rumput hanya sehingga 3 m dari tepi jalan atau 1 m melepasi longkang. Persoalannya, kalau ada pagar premis kerajaan 5 m selepas longkang, siapa yang potong rumput jarak 4 m selepas longkang sehingga pagar? Rumput hanya dipotong sehingga 1 m selepas longkang di dalam kontrak penyenggaraan Jalan Persekutuan.

Tumpukan kerja menggred bahu jalan di lokasi super-e di mana air senang tersekat di bahagian rendah selekoh jika aras bahu jalan lebih tinggi dari aras permukaan jalan. Pastikan air dapat keluar dengan lancar.
15,950 points 4 30 81
...