Bagi pandangan saya, mengambil P.E sekarang semakin susah dan tertakluk kepada panel interview dan pengetahuan terhadap bidang tertentu kerana proses mengambil P.E semakin banyak peringkat. Manakala, untuk mengambil pensijilan pengurusan projek, ianya tidak mudah tetapi tertakluk kepada pengalaman dan ilmu pengurusan projek, sekiranya terdapat bukti yang mencukupi semasa berjumpa assessor, maka, mudahlah untuk menerang dan membukti kepada assessor kaedah mengurus projek tersebut. Selain itu, SPB dan aktiviti kelab sesebuah unit juga membantu dalam pengambilan pensijilan pengurusan projek.