search
Log In
16 votes
75 views

Adakah berdasarkan kuota atau pengalaman. Saya memohon kerana ada pengalaman selama 20 tahun dalam pengurusan dan penyeliaan projek tapi masih tidak ditawarkan...pengalaman sebanyak tu pun masih tak cukup ke ...atau mungkin takde luck kut ..atau sebab kuota dah cukup...sad

in Human Resource Management (PM) 410 points 3 3 6
edited by
0
Bagi yang baru nak ambik Persijilan Pengurus Projek. Adalah disarankan ambik P.E dulu sebelum RPM kerana P.E lebih senang berbanding Persijilan Pengurusan Projek, Bagi yang dah ada P.E, teruskan ambik Persijilan ini.
0
Bagi pandangan saya, mengambil P.E sekarang semakin susah dan tertakluk kepada panel interview dan pengetahuan terhadap bidang tertentu kerana proses mengambil P.E semakin banyak peringkat. Manakala, untuk mengambil pensijilan pengurusan projek, ianya tidak mudah tetapi tertakluk kepada pengalaman dan ilmu pengurusan projek, sekiranya terdapat bukti yang mencukupi semasa berjumpa assessor, maka, mudahlah untuk menerang dan membukti kepada assessor kaedah mengurus projek tersebut. Selain itu, SPB dan aktiviti kelab sesebuah unit juga membantu dalam pengambilan pensijilan pengurusan projek.

2 Answers

2 votes
Puan,

Terdapat 3 Persijilan Pengurusan Projek yang dikelolakan oleh pihak CPAB. Penilaian dibuat berdasarkan kepada JKR Competency Standards for Project Management yang telah dibangunkan berpandukan kepada Australian Project Management Competency Standard
  1) Registered Program Director (RPD)
  2) Registered Project Manager (RPM)
  3) Qualified Project Practitioner (QPP)

Untuk pengetahuan puan, program persijilan ini perlu dimohon terlebih dahulu sebelum ditawarkan tahap persijilan seperti di atas. Tawaran bagi permohonan program persijilan  ini dibuat 2 kali setiap tahun melalui emel.

JKR amat mengalu-alukan pegawai JKR menyertai program ini bagi meningkatkan kompetensi Pengurus Projek dan pasukan projek di setiap peringkat di JKR serta menggalakkan Amalan Terbaik dalam bidang Pengurusan Projek.

Puan boleh lihat secara teperinci kriteria bagi tahap persijilan melalui Assessment Record Book (ARB) seperti link dibawah.
http://jpedia.jkr.gov.my/images/c/cb/Assessment_Record_Book_%28disember_2014%29.pdf

Puan boleh baca secara Teperinci Program Persijilan di link dibawah.
http://jpedia.jkr.gov.my/index.php?title=Program_Persijilan_Pengurus_Projek&mobileaction=toggle_view_desktop#Dokumen_Program_Pensijilan_Pengurus_Projek
27,460 points 38 98 205
edited by
0
Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat.
3 votes

Bagi yang baru nak ambik Persijilan Pengurus Projek. Adalah disarankan ambik P.E dulu sebelum RPM kerana P.E lebih senang berbanding Persijilan Pengurusan Projek, Bagi yang dah ada P.E, teruskan ambik Persijilan ini.

220 points 1 1 4
...