search
Log In
10 votes
48 views
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

5 votes

Semasa dibuat rekabentuk ke atas campuran asphalt itu, sekurang-kurangnya lima test parameters diberi perhatian - density, voids in mix (VIM), voids in aggregate filled with bitumen (VFB), Marshall stability dan Marshalll flow. Bagi aggregate grading yang dipilih di peringkat awal rekabentuk itu, kandungan bitumen yang optimum ditentukan dari perkaitan antara setiap lima test parameters tersebut dengan kandungan bitumen iaitu mengambil kira kandungan bitumen yang memberi density dan Marshall stability maksimum, serta nilai VIM, VFB dan Marshall flow pertengahan antara julat yang ditetapkan dalam spesifikasi. Jika kandungan bitumen dan aggregate grading tidak mematuhi rekabentuk (atau job mix formula), komposisi campuran asphalt itu dianggap ada kepincangan walaupun Marshall stability melebihi nilai minimum yang ditetapkan atau dalam erti kata lain campuran asphalt itu tidak lagi mengandungi bitumen yang optimum bagi aggregate grading yang telah berubah dari rekabentuk itu. Oleh kerana itulah, klausa 4.3.3.3 (d) dalam JKR/SPJ/2008-S4 menetapkan 'The S.O. final approval of the job mix formula shall bind the Contractor to produce asphaltic concrete mixes conforming to the precise gradation and bitumen content specified in the formula'.           

15,950 points 4 30 81
0
Assalam. Pertanyaan saya. Jika bacaan stability pada campuran bitumen 6% menjadi tinggi melebihi sample yg lain 4,4.5,5,5.5 % . Adakah design itu boleh digunapakai? Mohon pandangan tuan. Terima kasih.
0
Jika kelihatan seperti terdapat lebih dari satu nilai kandungan bitumen yang menghasilkan stability maksimum, pilih kandungan bitumen yang menghasilkan voids in mix (VIM) yang lebih hampir pada 4.0% (jika wearing course) atau 5.0% (jika binder course). Jika nilai stability maksimum tidak dapat diperolehi ie. tiada puncak pada geraf stability vs kandungan bitumen, spesimen tambahan hendaklah disediakan dan dibuat ujian - spesimen dengan kandungan bitumen 0.25% lebih rendah dan lebih tinggi dari kandungan bitumen optimum yang dijangka.

Walau apapun, Asphalt Institute MS-2 Mix Design Method For Asphalt Concrete menyarankan kandungan bitumen yang menghasilkan VIM 4.0% (WC) atau 5.0% (BC) dipilih sebagai kandungan bitumen optimum. Test parameter lain seperti stability, flow dan voids filled with bitumen (VFB) pada kandungan bitumen yang dipilih tersebut kemudian disemak dari geraf masing-masing untuk pastikan nilai parameter itu mematuhi ketetapan minimum (stability) atau berada dalam julat ditetapkan (flow dan VFB).
0
Terima kasih tuan perkongsian ilmu ini...
...