search
Log In
13 votes
47 views
Adakah anggaran kos piawaian kerja-kerja penyenggaraan elektrik di bangunan kerajaan masih boleh diguna pakai sebagai rujukan dan panduan untuk 2 tahun yang akan datang khususnya  seperti di Lampiran 1 Rumusan Kos Senggaraan Elektrik Per Meter Persegi mengikut Jenis Bangunan, Pekeliling Pengarah Kanan CKE Bil 2. Tahun 2012.


sekian,terima kasih.
in Electrical 2,920 points 3 7 10

1 Answer

3 votes

Terima kasih atas soalan,

Jika panduan ini diguna pakai pada Ketika ini atau untuk tempoh mendatang akan berlaku  sedikit ketidaktepatan disebabkan beberapa faktor:

  1. Rekabentuk projek kini menggunakan produk jimat tenaga seperti lampu LED dan T5
  2. Tempoh jangka hayat aset lebih panjang (merujuk kepada Garispanduan Jangka Hayat Aset diterbitkan pada tahun 2013).
  3. Kos bahan elektrik mengalami peningkatan setiap tahun
  4. Jadual Kadar Bahan Elektrik revised on 2016 dan 2018, dan latest 2020 (menunggu kelulusan MOF)

Justeru Pekeliling ini perlu disemak semula bagi memastikan maklumat dan data adalah terkini dan tepat.

Sekian terima kasih.

200 points 3
...