search
Log In
9 votes
30 views
Assalam.

Tuan, sy terdapat kemusykilan tentang prosedur ujian yang btl utk ujian bitumen softening point dan penetration.. Mohon ulasan tuan. Terima kasih.
in Pavement 790 points 3 7 11
recategorized by

1 Answer

4 votes
 
Best answer

Apa yang menjadi kemusykilan itu? Untuk tahu prosedur ujian yang betul, rujuk ASTM D 5 bagi ujian penetration, ASTM D 36 bagi ujian ring and ball softening point. Secara ringkasnya, prosedur ujian itu adalah seperti berikut: 

1) Ujian ring and ball softening point.

Cara untuk sediakan sampel 

  1. Panaskan sampel sehingga dapat mengalir dan dicurah tidak lebih dari 2 jam. Suhu tidak boleh lebih dari jangkaan softening point + 110 °C.
  2.  Sapu pouring plate dengan lapisan tipis silicon grease supaya bitumen tidak melekat.
  3.  Letakkan kedua-dua ring ke atas pouring plate tersebut.
  4.  Tuangkan sampel bitumen yang telah dipanaskan ke dalam ring sehingga penuh.
  5.  Biarkan bitumen tersebut sejuk selama 30 minit.
  6.  Potong sampel yang terlebih dengan menggunakan pisau atau spatula yang  dipanaskan sehingga permukaan sampel sama rata dengan ring. 
  7. Bermula dari ketika mencurah sampel ke dalam ring, ujian hendaklah disiapkan dalam masa tidak lebih dari 240 minit.

Cara untuk jalankan ujian

  1. Pasang peralatan ujian. 
  2. Letakkan sampel di dalam ring and ball dalam air suling atau glycerin selama 15 minit.
  3. Panaskan air secara perlahan di dalam bikar dengan menggunakan hot plate dengan magnetic stirrer pada kadar 5 °C / minit.
  4. Guna air suling bagi softening point 30 - 80 °C. Mulakan pemanasan pada suhu 5°C. Guna glycerin bagi softening point 80 - 157 °C. Mulakan pemanasan pada suhu 30 °C.

Nota

  1. Rekodkan suhu bagi setiap ring dan ball semasa bitumen bersama bebola jatuh mencecah plate 25 mm jarak ke bawah. 
  2.  Perbezaan di antara kedua-dua suhu hendaklah tidak melebihi 1°C.

2) Ujian penetration.

Cara untuk sediakan sampel 

      1. Panaskan sampel, suhu pemanasan tidak melebihi dari suhu jangkaan softening point + 90 °C.     
      2. Kedalaman sampel hendaklah tidak kurang dari 10 mm melebihi kedalaman jarum dijangka menusuk sampel. Elakkan sampel dari terdedah kepada habuk, cara paling senang – tutup dengan bikar atau simpan sampel dalam dessicator.
      3. Biarkan sampel sejuk selama 1 - 1 ½ jam untuk acuan kecil dan 1 ½ - 2 jam untuk acuan besar.
      4. Masukkan sampel bersama transfer dish (jika digunakan) ke dalam water bath pada suhu ujian   25 °C.
      5. Biarkan selama 1 - 1 ½ jam untuk acuan kecil dan 1 ½ - 2 jam untuk acuan besar.

      Cara untuk jalankan ujian

      1. Ambil sampel dari water bath.
      2. Pindahkan sampel bersama transfer dish ke atas platform penetrometer.
      3. Pastikan kedudukan hujung jarum mencecah permukaan sampel.
      4. Set dial penetrometer pada bacaan 0.
      5. Mulakan ujian.
      6. Buat sekurang-kurangnya 3 tusukan.
      7. Kedudukan jarum diubah pada jarak tidak kurang 10 mm dari kedudukan sebelumnya bagi setiap ujian ulangan dan tidak kurang 10 mm dari tepi acuan. 
      8. Tukarkan air dalam transfer dish setiap kali ujian diulang.
      9. Cuci jarum dengan methylene chloride sebelum ulang ujian.
      Nota 
      1. Sekurang-kurangnya 3 tusukan dibuat ke atas sampel bitumen.
      2. Perbezaan nilai tusukan tertinggi dan terendah adalah seperti Jadual 1.
      Tusukan 0-4950-149150-249250
      Perbezaan maksimum2468

        15,950 points 4 30 81
        selected by
        0
        Terima kasih .kerana perkongsian ini.
        ...