search
Log In
19 votes
34 views
Walaubagaimanapun perjanjian tersebut didapati lebih memihak kepada pihak syarikat.  Jika kontrak masih belum tamat; Apakah kaedah yang terbaik dan prosedur yang diperlukan bagi membolehkan perjanjian berkenaan tidak berat sebelah dan tidak merugikan kerajaan?
in Contract Management 2,200 points 7 9 12

2 Answers

3 votes
Bagi membukti bahawa kontrak tersebut tidak menguntungkan pihak kerajaan, pihak pentadbir kontrak harus memahami klausa kontrak secara keseluruhan dan tatacara pentadbiran kontrak.

Memastikan tindakan pentadbir kontrak menepati kehendak kontrak dan tiada arahan yang bercanggahan dengan kontrak.

Memastikan data/rekod menurut puan tidak menguntungkan kerajaan disimpan dan tidak bercanggahan dengan klausa kontrak.

Membentangkan hasil analisis data/rekod berkenaan kepada wakil Kerajaan yang dinamakan bagi membuktikan di peringkat dalaman bahawa terdapat isu. Di mana tidakan membendung kerugian di pihak kerajaan telah dilaksanakan tanpa melanggar klausa - klausa kontrak.

Selanjutnya terserah kepada Wakil Kerajaan yang dinamakan untuk membuat pertimbangan dan tindakan selanjutnya.
11,090 points 10 33 77
2 votes
Alangkah baiknya sebelum melaksanakan sesuatu perolehan, pihak yang akan memberi sesuatu kontrak kepada sesuatu syarikat, telah menyediakan terlebih dahulu terma dan perjanjian yang seimbang dan adil serta paling penting mendapat kelulusan Penasihat Undang-undang Kementerian (bagi kontrak bukan standard). Berat sebelah atau tidak, pemberi kontrak yang sepatutnya lebih maklum. Tidak akan termetarainya sesuatu perjanjian itu kalau tidak disempurnakan dengan tandatangan dll lagi. Sekiranya pentadbir kontrak/perjanjian adalah penyedia perjanjian, sewajarnya tidak timbul berat sebelah kerana sepatutnya dah faham apa keperluan perjanjian serta tahu bagaimana hendak menguruskannya. Akan tetapi sekiranya pentadbir kontrak adalah berlainan, saya yakin, beliau lah pihak yang terawal akan dapat mengesan sama ada perjanjian adalah berat sebelah atau tidak. Sebarang perubahan terhadap sesuatu kontrak yang telah dimeterai, pastinya ada laluannya sama ada ada termaktub dalam perjanjian asal atau both party yang berkontrak bersama-sama setuju dgn terma baru. Rugi tak rugi, biarlah yang pakar menentukannya. Semoga kita semua sentiasa selamat sebelum, semasa dan selepas berkontrak.
2,520 points 2 7 22
...