search
Log In
14 votes
33 views
Assalam tuan, sedikit pertanyaan,

Dalam design mix . Kenapakah nilai Aggregate Apparent Specific Gravity perlu gunakan..
in Pavement 790 points 3 7 11

1 Answer

3 votes
 
Best answer

Specific gravity ialah nisbah berat sesuatu bahan pada berat air dalam isipadu yang sama, pada suhu yang sama. Isipadu sesuatu bahan dapat ditentukan dari berat dan specific gravity.

Bulk specific gravity

Sekiranya bulk specific graivity sesuatu bahan perlu ditentukan, ia bermakna bahan itu mengandungi lebih dari satu nilai berat atau isipadu.

Mengikut Federal Highway Administration (FHWA), satu agensi di bawah United States Department of Transportation;

Gsb = bulk specific gravity

di mana G = specific gravity, s = stone, dan b = bulk (sejenis specific gravity*)

Bagi aggregate, bulk digunakan kerana isipadu aggregate mengandungi lebih dari satu komponen iaitu isipadu bahagian pepejal (solid part) aggregate dan isipadu liang udara (air voids) pada permukaan aggregate.

*Jenis-jenis lain ialah apparent specific gravity dan effective specific gravity.

Bagi penentuan bulk specific gravity, nilai isipadu yang digunakan ialah isipadu menyeluruh (total volume) ie. melihat setiap butiran aggregate itu secara keseluruhan (bulk) dan tidak mengambil kira komponen lain seperti liang udara.

Bulk specific gravity ditentukan dari berat kering dan isipadu menyeluruh (bulk volume) aggregate. Bulk volume ialah isipadu bahagian pepejal aggregate dan isipadu liang udara pada permukaan aggregate (apabila aggregate dibasahkan, liang udara ini akan dipenuhi oleh air).

Apparent Specific Gravity

Apparent specific gravity ditentukan dari berat kering dan isipadu apparent aggregate ie. isipadu bahagian pepejal aggregate sahaja, tidak mengambil kira isipadu liang udara pada permukaan aggregate.

Effective Specific Gravity

Effective specific gravity ditentukan dari berat kering dan isipadu efektif aggregate ie. isipadu bahagian pepejal aggregate dan isipadu liang udara pada permukaan aggregate yang tidak diisi oleh bitumen. Nilai specific gravity ini biasa juga dirujuk sebagai specific gravity on saturated surface dry (SSD) basis. 

Menurut FHWA, hanya bulk atau effective specific gravity yang digunakan dalam rekabentuk campuran asphalt. Apparent specific gravity TIDAK digunakan.

15,950 points 4 30 81
selected by
...