search
Log In
13 votes
105 views
Seringkali apabila perunding telah dilantik untuk membuat rekabentuk dan menyediakan lukisan pembinaan, terdapat sebilangan pegawai JKR yang menandatangani lukisan tersebut bagi mengelak pihak perunding menghantar lukisan yang yang tidak dipersetujui oleh JKR ke tapak. Wajarkah perkara ini dibuat?
in Contract Management 50,150 points 24 102 239

2 Answers

5 votes
 
Best answer

Saya berpendapat, sekiranya

  1. Perunding telah dilantik (projek in-house perunding), maka lukisan pembinaan hanyalah dit/tangan oleh pihak perunding sahaja. namun begitu, lukisan berkenaan masih perlu mendapatkan pengesahan HODT terbabit dan dichop dengan Cawangan berkaitan.
  2. Jika projek dilaksanakan secara Reka & Bina (D&B), maka semua tandatangan hendaklah daripada pihak perunding dan kontraktor utama sahaja. HODT JKR hanya mengambil maklum setelah dipersetujui bersama.
  3. Sekiranya, rekabentuk secara dalaman (in-house) maka adalah ia adalaha tanggungjawab perebentuk jabatan berkenaan yang akan tandatangan lukisan pembinaan terbabit.
770 points 1 3 7
selected by
3 votes

Pada pandangan saya sebenarnya wajar dan patut pegawai JKR menurunkan tandatangan pada lukisan tersebut andai lukisan itu telah disahkan sebagai lukisan pembinaan. Tujuan turunkan tandatangan itu lebih kepada penentuan muktamad terhadap lukisan itu demi menjastifikasikan bahawa ia merupakan lukisan yang sah untuk dijadikan sebagai rujukan dalam pembinaan.

Melainkan lukisan tersebut yang telah dikumpulkan sebagai "as built drawings", maka dalam keadaan sedemikian adalah tidak wajar untuk pegawai JKR menandatangani lukisan tersebut.

48,820 points 106 195 351
...