search
Log In
32 votes
256 views
Apakah langkah-langkah atau tindakan yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah kelewatan penyiapan 'As Built Drawing'
in Project Management 220 points 1 2 4

8 Answers

3 votes
Menambahbaik kontrak dengan mensyaratkan tanpa penyediaan as built drawing pada masa ditetapkan maka, let say: 2% dari contract cost akan ditolak secara automatik (tidak layak) untuk dituntut oleh Kontraktor.
9,540 points 25 58 109
8 votes

Pada pandangan saya mungkin telah tiba masa JKR mengkaji semula keberkesanan kontrak dan jadikan penyerahan "as built drawing" itu salah satu syarat utama untuk membolehkan projek siap tersebut mendapat sijil CPC.

Jikalau kita kenakan syarat penyerahan "as built drawing" menjadi salah satu keperluan maka sudah pasti kontraktor akan akur kerana kalau tidak mereka sudah pasti tidak layak mendapat balik 50% daripada wang cagaran atas sebab CPC belum boleh dikeluarkan. Disamping itu projek itu akan terjatuh kepada status lewat siap dan besar kemungkinan kontraktor tersebut akan dikenakan LAD. Pada masa itu sudah pasti kontraktor akan mempercepatkan proses penyerahan "as built drawing" dengan kadar yang segera.

48,820 points 106 195 351
1 vote
Kos tetap mengikut kos kontrak dan munasbah. Tetapi sebelum itu perlu jelas apakah yang dimaksudkan dengan as-built drawing supaya ianya tidak dipertikaikan oleh pihak kontraktor.

Atau..

Pihak JKR sendiri yang buat as-built..
21,080 points 15 51 133
3 votes
Untuk mempercepatkan penyediaan as built drawing bagi projek-projek konventional JKR, JKR perlu bekalkan softcopy lukisan pembinaan kepada kontraktor untuk memudahkan pindaan-pindaan dibuat oleh sebagaimana kerja pembinaan yang dilaksanakan. Lukisan siap bina ini perlu disediakan secara berperingkat dalam tempoh pembinaan.
7,290 points 15 33 66
3 votes
Pada pandangan saya, jika lukisan pembinaan disediakan oleh JKR dan projek diawasi oleh JKR, maka, lukisan pembinaan ini boleh digunakan sebagai As Built dan dicetak semula oleh JKR tanpa melibatkan kontraktor. Lukisan pembinaan ini adalah milik kerajaan dan seharusnya tidak diberi kepada pihak ketiga secara soft copy.
50,150 points 24 102 239
2 votes
Pada pandangan saya, kelewatan adalah disebabkan kebiasaan pihak kontraktor kerap melaksanakan lukisan as-built drawing di akhir pembinaan...saya berpendapat ia boleh diatasi  apabila seawal permulaan pembinaan, pegawai JKR telah mengeluarkan arahan (atau dalam bentuk CPM) kepada pihak kontraktor supaya memulakan lukisan as-built  dan terus dipantau sehingga kerja siap.

Pihak kontraktor seharusnya menggunakan lukisan pembinaan untuk di'trace' semula kepada bentuk CAD atau sebagainya...selanjutnya setiap perubahan akan dilakukan selaras dengan kehendak pembinaan semasa.
1,130 points 3 6 18
edited by
2 votes

          Pada pandangan saya, jika kita ke arah pencapaian projek 3 in 1 seperti saranan pihak pengurusan JKR Malaysia iaitu projek siap dengan CPC, SOFA & as built drawing. 

          Kelewatan penyiapan as built drawing akan dapat diatasi kerana penyiapan lukisan dimasukkan dalam agenda mesyuarat dan kemajuan penyiapan lukisan dipantau daripada awal lagi sebelum tarikh tamat kontrak.

1,310 points 1 5 15
2 votes
Andaikata as built drwgs ini di jadikan sbhgn daripada workdone (dimasukkan dalam senarai kuantiti tapi bukan dalam prelimimaries). Pihak penilai hanya akan verify sesuatu elemen sebagai 100% sekiranya as built drwgs ni complete disertakan bersekali dan elemen itu sudah siap. Secara tidak langsung, kontraktor/designer akan sentiasa memastikan proses penyediaan as built ini berjalan lancar kerana ia melibatkan progress kerja. Progress reflect kepada payment. Pihak PP/WPP akan mudah untuk compile kan semua drwgs semasa stage pengeluaran cpc nanti. Sekadar pandangan.
2,520 points 2 7 22
...