search
Log In
13 votes
59 views
Setiap pejabat JKR Daerah mempunyai sekurang2nya seorang Pegawai Aduan yang bertanggungjawab menyelaras aduan yang diterima termasuk aduan di luar bidang kuasa JKR.

Wajarkah Penolong Jurutera Awam JA29 yang dilantik sebagai Pegawai Aduan diberi kemudahan telefon bimbit dan caj data internet ditanggung oleh Kerajaan?

Untuk makluman, hanya seorang Penyelaras Aduan JKR Negeri diberi kemudahan sedemikian.

Bincangkan...
in Stakeholders Management 18,050 points 26 67 123

1 Answer

6 votes
 
Best answer
Saya secara peribadi menyokong perkara tersebut. Ini adalah berdasarkan keperluan untuk memberi maklumbalas terhadap sebarang aduan dengan segera terutama bagi aduan di media sosial terutama tweeter yang menjadi perhatian pengurusan atasan dan pasukan Aduan JKR.

Tambahan pula maklumbalas segera perlu bagi memastikan kesiagaan Jabatan dalam menanggani isu berkaitan sebelum menjadi lebih besar. Berdasarkan pengalaman semasa menjadi Penyelaras Aduan JKR Negeri Sembilan, penyelaras negeri memang amat memerlukan 'input' dari pegawai Aduan JKR Daerah sebelum sebarang maklum balas dapat disampaikan kepada umum selepas kelulusan Pengarah Negeri (Penjawat Awam dilarang memberi maklumat melainkan telah melalui ketua jabatan). Ini bermakna sejumlah panggilan/wasap dan sebagainya perlu dilaksanakan sebelum tindakan sususlan dapat dilaksanakan dan ianya memberi kos yang ketara jika mengunakan peralatan peribadi (saya dah rasa azabnya sebelum dapat telepon free tersebut. tambah pulak baru kerja )....

Cuma mungkin perlunya terdapat makenisma  bersesuaian untuk perkara tersebut.
34,630 points 18 61 148
selected by
...