search
Log In
14 votes
42 views

Had laju jalan negeri, siapa ada kuasa dan perlu diwartakan atau tidak?

in Road 460 points 3 4 6

1 Answer

4 votes

Berdasarkan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) melalui Seksyen 69

(2) Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerja raya berhubungan dengan suatu jalan Persekutuan, termasuk lebuh raya, dan pihak berkuasa yang berkenaan berhubungan dengan suatu jalan selain daripada jalan Persekutuan dalam kawasan pihak berkuasa itu, boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang pemanduan kenderaan-kenderaan motor, atau apa-apa kelas atau perihalan tertentu kenderaan-kenderaan motor dengan kelajuan yang lebih daripada kelajuan yang dinyatakan dalam perintah itu, di atas mana-mana jalan atau bahagiannya yang dinyatakan dalam perintah itu, dan sama ada pada amnya atau pada suatu masa atau masa tertentu:

Dengan syarat bahawa had laju yang dinyatakan dalam perintah tersebut tidak melebihi had laju kebangsaan atau yang berhubungan dengan suatu lebuh raya atau sebahagian daripadanya, had laju yang ditetapkan di bawah subseksyen (1A) bagi lebuhraya itu atau sebahagian daripadanya.

---- Jadi sehubungan itu, bagi jalan negeri yang dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah dengan mewartakan had laju tersebut kurang daripada had laju kebangsaan.

340 points 1 1 5
...