search
Log In
18 votes
81 views
Projek perlu disiapkan dalam tempoh masa, kos diperuntukan dan kualiti yang ditetapkan. Garispanduan, prosedur dan lain-lain ketetapan perlu dipatuhi sepenuhnya. Sesi bengkel VM/VE diadakan sebagai salah satu wacana di dalam merancang pelaksanaan program dan projek Kerajaan. Namun begitu, hasil VM/VE tidak mencapai objektifnya di peringkat pelaksanaan (pembinaan) dimana sering berlaku percanggahan seperti terdapat item kerja tertentu yang perlu dibuat di tapak tetapi dibuang semasa VM/VE yang menyebabkan wujudnya VO. Kesannya, Hanya Pegawai Penguasa akan dipertanggungjawabkan di atas kewujudan VO walhah isu/masalah tersebut telahpun dikenalpasti dalam bengkel VM/VE.

Kita dibanggakan dengan adanya kakitangan yang dianugerahkan kekompetenan VM/VE dan sepatutnya mereka yang hebat ini selayaknya mengkaji (review) semula prosedur/method/garispanduan dll supaya sesuai dengan projek yang dilaksanakan di tapak. Jangan kita hanya mengeluarkan keputusaan bahawa bengkel VM/VE telah berjaya tetapi seharusnya perlu pastikan pelaksanaannya juga berjaya. Sikap lepas tangan perlu dibuang dan jangan hanya hebat mengaudit Pegawai Penguasa (SO) tetapi perlu lebih membantu. Bekerja sebagai satu (1) pasukan perlu menjadi keutamaan dan kebertanggungjawaban...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing....

Lebih penting lagi buktikan peratusan keputusan kejayaan VM/VE telah mencapai sasaran dari segi kos, masa dan kualiti bagi semua projek terlibat untuk dijadikan sebagai fakta keberkesanan.

#Established since 1872: Together we deliver
#We love JKR
in Value Management 2,990 points 17 28 52

2 Answers

3 votes
sy setuju dengan pandangan Dr. kita warga JKR perlu ada semangat membantu antara 1 sama yg lain.
3,930 points 3 22 54
2 votes
Saya berpendapat mungkin juga semasa sesi VA/VE perlu juga ada wakil daripada pihak yang terlibat semasa pembinaan. Sekarang ahli lab yang terlibat lebih kepada stakeholder yang terlibat semasa perancangan dan reka bentuk.

Sekurang-kurangnya input berkaitan semasa pembinaan berdasarkan pengalaman pegawai yang biasa di tapak bina boleh digunakan sebagai asas kepada pemilihan alternatif semasa sesi VA/VE tersebut.

Dan sekaligus semangat membantu dan berkerjasama tu dapat diterapkan bila semua pihak  yang terlibat berbincang bersama.
180 points 5
1

Terima kasih atas perkongsian @Firdausibrahim yes

...