search
Log In
17 votes
33 views
Adakah semua kontrak kerja termasuk  kontrak FM perlu mengambilkira skim SL1M?
in Contract Management 250 points 1 1 2

1 Answer

2 votes
 
Best answer

Pendahuluan

  1. Kerajaan telah memutuskan program PROTÉGÉ (yang dahulu dikenali sebagai Skim Latihan 1Malaysia, SL1M) dijadikan sebagai salah satu syarat untuk ditawarkan kontrak perolehan Kerajaan termasuk pelanjutan kontrak. 
  2. Langkah Kerajaan memperluaskan pelaksanaan program PROTÉGÉ melalui perolehan Kerajaan adalah selaras dengan dasar sedia ada sebagai satu medium untuk membangunkan negara (a tool for nation building).
  3. Program PROTÉGÉ adalah satu program yang bertujuan membantu graduan menganggur membangunkan keupayaan diri secara mempersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan potensi diri dan peluang kebolehpasaran graduan.
"syarikat/ kontraktor/ perunding (syarikat) yang telah memperoleh kontrak perolehan Kerajaan (bekalan, perkhidmatan dan kerja) daripada agensi Kerajaan termasuk Badan Berkanun Persekutuan, Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) diwajibkan untuk melaksanakan program PROTÉGÉ dengan penetapan nilai ambang (threshold value) berdasarkan sektor yang telah dikenal pasti seperti berikut:
...
Perkhidmatan Penyelenggaraan Bangunan/Infrastruktur/Jalan (Nilai Ambang: RM5 juta)
...
Rujukan lanjut boleh diperolehi daripada Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1.2 : PELAKSANAAN PROGRAM PROFESSIONAL TRAINING AND EDUCATION FOR GROWING ENTREPRENEURS (PROTÉGÉ) DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
 
3,480 points 4 13 36
selected by
...